Oleh pada 31 Jul 2017 kategori

akhirnya ini keputusan diambil bella astillah terhadap perkahwinan bersama aliff aziz 1

Kredit foto: Instagram Afifah Nasir & Instagram Bella Astillah

Siapa sangka selepas dicederakan oleh suaminya, Bella Astillah masih berhasrat untuk meneruskan perkahwinan tanpa menyimpan dendam.

Malah dalam sebuah kenyataan terbaru, Bella turut memberikan pujian kepada Aliff Aziz yang dianggapnya sebagai seorang suami yang baik dan bertanggungjawab.

Bella menafikan dakwaan suaminya seorang "kaki pukul" kerana percaya dirinya dicederakan tanpa disengajakan oleh Aliff.

akhirnya ini keputusan diambil bella astillah terhadap perkahwinan bersama aliff aziz 2

Kredit foto: Instagram Bella Astillah

Saya masih sayangkan Aliff!!! Saya tidak terfikir untuk berpisah dan masih sayangkannya malah Aliff tidak pernah memukul saya seperti yang hebat diperkatakan sejak semalam. Sebaliknya apa yang berlaku pada hari kejadian hanyalah pergelutan dan dalam situasi itu secara tidak sengaja dia mencederakan saya. Sepanjang kahwin, dia tak pernah pukul saya malah dia juga bertanggungjawab terhadap anak kami.

Sumber: Mstar

Bella turut menyifatkan pergolakan rumah tangganya sebelum ini adalah disebabkan gangguan orang ketiga.

akhirnya ini keputusan diambil bella astillah terhadap perkahwinan bersama aliff aziz 3

Kredit foto: Instagram Bella Astillah

Terdahulu, Bella tercedera di bahagian muka dan lutut dalam sebuah pergelutan bersama Aliff di sebuah bilik karaoke di Cheras. 


tags : , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)