Oleh pada 26 Mar 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Bella Astillah & Instagram Aliff Aziz

Selepas Bella Astillah membuat pendedahan isu curang terbaru suaminya, Aliff Aziz di akaun Instagram membabitkan seorang wanita dalam sebuah kejadian di Johor, penyanyi itu memberi reaksi dengan bertindak memadam kesemua foto Bella di akaun laman sosialnya.

Penyanyi Sayang Sayang itu terlebih dulu mendiamkan diri daripada media sosial selepas kali terakhir memuat naik video pada 23 Februari lalu iaitu sewaktu percutiannya di sebuah taman tema.

Beliau juga menutup fungsi ruangan komen di beberapa foto Instagram susulan serangan kata-kata kecaman daripada netizen.

Dalam pada itu, Bella bagaimanapun masih mengekalkan fotonya bersama Aliff.

Perkongsian terakhir wanita itu yang memaparkan foto dirinya bersama suami di laman sosial tersebut adalah pada 20 Februari lalu.

Menerusi entri terbabit, Bella menyertakan keterangan: "Terima kasih sangat @monstersurprise. Dengan Bella sekali dapat kejutan hehe sangat manis! Servis memang bagus".

selepas isu octovia manrose bella astillah dakwa aliff aziz curang lagi ini reaksi aliff 2

Kredit foto: Instagram Bella Astillah

Sementara itu, rata-rata netizen meninggalkan komen di beberapa kiriman berupa kata-kata semangat dan doa agar wanita itu tabah dalam kehidupan.

"Cantiknya Bella. Orang Sabah memang cantik-cantik bah. Moga Bella tabah dan sentiasa bahagia walau di mana berada.

"Bella, semoga Allah SWT bagi kebahagian di dunia dan akhirat, amin.

"Walaupun awak nampak sentiasa senyum tapi dalam hati siapa tahu. Kuatkan hati, Bella. Awak cantik dan muda lagi. You deserved better.

"Bella.. Bella.. saya cadang move on sajalah. Bina hidup baru," komen beberapa pengikut.

Terdahulu, penyanyi kelahiran Singapura itu turut terpalit dengan dakwaan hubungan bersama pelakon Oktovia Manrose yang tersebar pada hujung bulan lalu.

Bella mendakwa suaminya curang dengan Oktovia dan mendedahkan bukti di akaun Instagram miliknya.

Begitupun, Oktovia menegaskan hubungan mereka hanyalah kawan biasa, sekalipun mengakui kesahihan dakwaan keluar bersama.

Perkongsian hidup Aliff dan Bella sejak 9 Disember 2016 sehingga kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.




Hakcipta iluminasi.com (2017)