Oleh pada 16 May 2019 kategori

aliff aziz bella astillah sah bercerai talak satu 1

Kredit foto: Instagram @bellaastillah

      

Kemelut perkahwinan penyanyi, Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astillah menemui titik noktah apabila mereka akhirnya sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.

Lafaz cerai tersebut dilafazkan Aliff kira-kira pukul 3.55 petang tadi di hadapan hakim Syarie, Izzat Syazli Murshid.

       

aliff aziz bella astillah sah bercerai talak satu 2

Kredit foto: Instagram @bellaastillah

      

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 25, selaku plaintif membuat permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984.

Sementara itu, Aliff atau nama penuhnya, Mohamad Aliff Aziz, 28, dilihat menangis sepanjang prosiding berlangsung.

Ketika disoal hakim mengenai punca perceraian, Bella memberitahu, mereka tidak lagi mempunyai persefahaman dan tidak tinggal sebumbung sejak tiga bulan lalu.

"Kami tidak ada persefahaman dan suami selalu curang," dedah Bella melalui suara yang tersekat-sekat.

Bella diperintahkan mahkamah supaya beredah sebanyak tiga kali suci, selain dibatalkan sijil pernikahan mereka.

Dalam pada itu, Aliff menyatakan persetujuan untuk menyalurkan nafkah RM1,000 sebulan ke akaun Bella bermula Mei ini.

      

 Info Bella Astillah

  • Pemilik nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah ini merupakan seorang penyanyi dan pelakon, selain berkhidmat sebagai pengurus Aliff Aziz.
  • Kelahiran Sandakan, Sabah pada 15 Mac 1994, beliau yang berbintang Pisces itu merupakan anak sulung daripada lima adik-beradik.
  • Di usia tiga tahun, Bella bersama adiknya, Didi Astillah bergabung dalam kumpulan 'Adik-Adik Mutiara' untuk rakaman koleksi lagu kanak-kanak popular seperti Bangau Oh Bangau, Tom Tom Bak, Air Pasang Dalam dan banyak lagi.
  • Mendirikan rumah tangga dengan Aliff Aziz pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Mohamad Ayden Adrean.

       

Sumber:

1. Astro Awani

2. Wikipedia

3. BH Online [1, 2]

4. Famous Birthdays

5. Utusan

6. Mstar


tags : , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)