Kredit foto: Instagram @urlov_creation

   

Jumaat lalu, penyanyi Wany Hasrita menamatkan zaman solonya bersama jejaka pilihannya, Mohd Al Adib Fahmi. Bagai pinang dibelah dua, menerusi media sosial rata-rata netizen berkata Wany dan Adib bagaikan pasangan serasi, sama cantik dan sedondon.

Dalam artikel kali ini, penulis kongsikan sedikit biodata dan info mengenai Adib Fahmi, suami Wany yang menjadi sebutan ramai sejak beberapa hari lalu.

   

Siapa Mohd Al Adib Fahmi, Suami Wany Hasrita.. Ini 10 Fakta Biodatanya!

suami wany hasrita 393

1. Nama sebenarnya Mohd Al-Adib Fahmi Harun.

    

2. Lahir pada 1992 dan sebaya dengan Wany iaitu 30 tahun pada 2022.

wany hasrita 398

   

3. Berasal dari Kuching, Sarawak.

wany hasrita kahwin 175

4. Berkhidmat sebagai pekerja profesional dalam bidang penerbangan iaitu juruterbang yang bertugas di Kuching, Sarawak.

wani hasrita 905

    

5. Berkahwin dengan Wany pada 22 Julai 2022 selepas bertunang pada 26 Februari 2022 di sebuah hotel di Sepang, Selangor. Majlis pertunangan itu hanya melibatkan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

6. Adib mengenali Wany sejak 2010 sebelum Wany bergelar selebriti, melalui sepupunya yang merupakan kawan Wany. Mereka menjalinkan hubungan mesra sejak 2019.

    

adib wany hasrita 294

     

7. Ketika rapat, pasangan ini sama-sama mengikuti akaun Instagram (IG) masing-masing. Gurauan Adib mengenai kartun Thomas & Friends yang mencuit hati Wany menjadi titik tolak hubungan mereka yang lebih mesra.

8. Mereka ingin berkahwin lebih awal, tetapi kerana jarak, masa dan tuntutan kerja membuatkan sukar untuk menetapkan masa yang sesuai.

     

adib fahmi 672

     

9. Adib bukanlah peminat media sosial, malah dia tidak tahu sangat tentang dunia hiburan hinggakan lagu-lagu Wany pun dia tidak begitu tahu.

10. Bagaimanapun, dia menyatakan sokongan penuh terhadap kerjaya Wany dan mempercayai serta memberi kebebasan selagi wanita itu tidak melanggar batasan.

    

Baca: Kahwin Mohd Al Adib Fahmi, Ini 10 Fakta Biodata Wany Hasrita Yang Ramai Tak Tahu!

al adib fahmi

Penyanyi Menahan Rindu yang sinonim dengan lagu duet bersama Tajul Arif ini juga dikenali sebagai selebriti yang berpendidikan tinggi dalam bidang kedoktoran.

biodata wany hasrita 424

Ayah dan ibu Wany bercerai ketika dia berumur 12 tahun.

Kredit foto: Instagram Wani Hasrita , Instagram @urlov_creation , Instagram WSVS.Co & Instagram Fedtri Yahya

Kredit video: [LIVE] MAJLIS RESEPSI WANY HASRITA & AL-ADIB

Sumber:

1. Kartun Thomas & Friends, Dah Tunang Februari... Semak Fakta Menarik 'Cinta Diam-Diam' Wany Hasrita, Al-Adib Fahmi

2. Wany Hasrita kini milik Mohd Al-Adib

3. Wany Hasrita rahsia hubungan bagi menjaga peribadi suami




Hakcipta iluminasi.com (2017)