Kredit foto: Instagram Wany Hasrita

  
Penyanyi Wany Hasrita selamat bernikah dengan pilihan hatinya, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30, pada lingkungan pukul 9.11 malam tadi.
  
Pasangan mempelai ini dinikahkan bapa pengantin perempuan iaitu Hasbullah Hassan, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa bertempat di Glam Hall, Damansara Perdana, Selangor.
  
Pada majlis tersebut Adib menyerahkan sebentuk cincin berlian sebagai mas kahwin. Wang hantaran bagaimanapun tidak dinyatakan, serta tiada dulang hantaran daripada kedua-dua belah pihak.
  
Majlis pernikahan pasangan yang bertunang pada 26 Februari 2022 lalu ini diserikan hampir 300 orang undangan yang mewakili kedua-dua belah keluarga, termasuk sahabat handai dan rakan media.
  
Difahamkan, busana kedua mempelai mendapat sentuhan daripada pereka fesyen terkenal, Altelia Amani.
  

Siapa Wany Hasrita? Bersuamikan Mohd Al Adib Fahmi, Ini 10 Fakta Biodata Wany Yang Ramai Tak Tahu!

  
1. Wany yang berumur 30 tahun merupakan anak kepada pasangan Hasbullah Hassan (bapa) dan Norita Jaafar (ibu). Wany adalah anak tunggal dan tiada adik beradik lain.
  
  
2. Ibu bapa Wany bercerai ketika dia berusia 12 tahun.
  
  
3. Sebelum menuntut di Management & Science University (MSU) Shah Alam dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan, Wany pernah mengikuti pengajian dalam program Diploma Pembantu Perubatan.
   
  
4. Peranan mencari rezeki bagi menyara ibunya memaksa Wany melangkah ke bidang nyanyian sekaligus melupakan cita-citanya untuk bergelar doktor.
  
   
5. Beliau telah merakamkan sejumlah lagu terkenal, antaranya ialah Menahan Rindu, Disana Cinta Disini Rindu (duet bersama Tajul Ariff), Rintihan Rindu, Ewah Ewah, Terlalu Memuja, Belenggu Rindu (duet bersama Datuk Jamal Abdillah), Canggung, Cinta Khayalan, Pedas (bersama Sophia Liana) dan Kucuma (duet bersama Dato Jamal Abdillah).
  
6. Wany merangkul kemenangan utama di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-31 pada 2018 menerusi kategori Bintang Paling Popular.
  
  
7. Sepanjang penglibatan dalam industri muzik, beliau pernah digosip bercinta dengan penyanyi sealiran seperti Tajul Arif, Khai Bahar dan Fairuz Selamat (kumpulan Q Face).
  
8. Pada 22 Julai 2022, Wany sah menjadi isteri kepada Mohd Al Adib Fahmi Harun yang merupakan pekerja profesional dalam bidang penerbangan di Kuching, Sarawak.
  
  
9. Adib yang juga berasal dari Kuching, Sarawak ini mula mengenali Wany pada tahun 2010 melalui sepupunya yang merupakan rakan karib kepada Wany. Difahamkan, Wany masih lagi belum bergelar selebriti ketika itu. Pertalian pasangan ini dikatakan mula rapat sejak 2019.
  
  
10. Wany bakal mengembangkan sayapnya dalam bidang perniagaan apabila bakal muncul dengan produk sendiri berasaskan kosmetik tidak lama lagi.
   
  
Untuk biodata asas Wany Hasrita, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Wany Hasrita
  
  
Sumber:
  


Hakcipta iluminasi.com (2017)