Kredit foto: Instagram Azad Jasmin

Siapa Azad Jasmin? Selebriti dengan nama sebenar, Azad Jasmin John Louis Jeffri ini merupakan seorang aktor, penyanyi, pelawak dan hos Malaysia.

Bakatnya dalam pelbagai cabang seni tidak dapat disangkal lagi, sekaligus meletakkannya sebagai antara selebriti serba boleh yang diminati ramai.

Terbaharu, penyampaiannya menerusi lagu Sarrekey cukup mengujakan pendengar muzik, lantas menjadikan bidang nyanyian sebagai tapak baharunya dalam dunia hiburan.

Biodata Dan Latar Belakang

1. Pemilik nama penuh Azad Jasmin John Louis bin Jeffri.

2. Menggunakan nama komersial, Azad Jasmin, Azad Jazmin dan Pak Azad.

3. Kelahiran Seremban, Negeri Sembilan pada 11 Februari 1976.

4. Berumur 45 tahun (2021).

5. Anak kepada pasangan Jeffri Abdullah (bapa) dan Rosidah Kadir (ibu).

6. Bergiat dalam dunia hiburan sejak tahun 2004 sebagai seorang pelakon, penyanyi, pelawak dan pengacara.

7. Antara drama dibintanginya seperti Laila Majnun, Anak Mami Mek Ani, Roda-Roda Kuala Lumpur, Gerak Khas (Musim 13), Apa Celop, Tanah Kubur (Musim 6) dan Isteri-Isteri Ayah.

8. Termasuk telefilem Anak Mamak Menantu Mami, Kopi Susu Kopi O, Kad Raya Dalam Kolong, Ooops! Terlajak Nikah dan banyak lagi.

9. Pembabitannya di layar perak antaranya menerusi filem Nana Tanjung 2, Sifu & Tongga, Ngangkung, Kongsi, Suatu Malam Kubur Berasap 2, J Revolusi dan Mawas.

10. Menerusi bidang nyanyian, beliau pernah merakamkan single berjudul Sarrekey pada tahun 2021 ciptaan komposer Harry Khalifah dan lirik oleh Ajim Mazee yang mana video muziknya meraih lebih 3.8 juta tontonan di laman Youtube. Lagu ini turut dihasilkan dalam versi hari raya dengan tajuk 'Sarrekey Raya'.

11. Dalam dunia pengacaraan, beliau pernah menghoskan program Mimpi Ke Bintang, Edisi Khas dan Pa & Ma.

12. Berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Eira Syazira pada 16 September 2011 dan hasil perkongsian hidup mereka telah dianugerahkan tiga orang anak perempuan bernama Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose. Eira Syazira juga merupakan adik beradik kepada pelakon Syafnida Shuhaimi dan Syainie Aida.

13. Menggunakan akaun Instagram (IG) atas nama @azadsyaziraroses yang sehingga kini mencatatkan lebih 100,000 pengikut.

Fakta Menarik

1. Berketinggian 1.87 meter.

2. Adiknya, Allahyarham Nizar Jeffri merupakan seorang pelakon yang popular menerusi watak Boboy dalam filem Kongsi, bagaimanapun telah meninggal dunia di usia 31 tahun selepas menderita penyakit paru-paru berair pada tahun 2010.

3. Pernah ke sesi temuduga untuk bergelar pramugara sebanyak 13 kali! Namun rata-ratanya gagal kerana faktor usia yang masih muda serta beberapa sebab lain.

Baca: Biodata Eira Syazira, Isteri Azad Jasmin

Baca: Biodata Syafnida Shuhaimi, Adik Eira Syazira

Baca: Biodata Syainie Aida, Adik Eira Syazira

   

Foto

pak azad instagram

lagu pak azad

pak azad

azad jasmin

rumah pak azad

pak azad wife

keluarga azad jasmin

azad jasmin keturunan

biodata pak azad

eira syazira 436

Kredit foto: Instagram Azad Jasmin

Video

Kredit video: Rumah Impian Eira. Pak Azad Buat Surprise Lagi???

Sumber:

1. Eira Syazira sambut puteri ketiga

2. Adegan berpeluk, isteri beri Azad lampu hijau

3. Azad Jazmin dedah punca tak sertai Raja Lawak, hasrat terkubur selepas adik meninggal dunia - “Partner saya dah arwah”

4. Azad Jasmin Pernah Temuduga Jadi Pramugara 13 Kali, Tapi Gagal Sebab..

5. Wikipedia




Hakcipta iluminasi.com (2017)