Kredit foto: Instagram Iman Troye

   

Siapa Iman Troye? Iman Alyssa Sahabudin yang lebih dikenali umum sebagai Iman Troye merupakan seorang penyanyi, model dan instafamous Malaysia.

Beliau kini meledak dengan single hit berjudul Teman yang meraih sambutan hangat di laman perkongsian video Youtube.

   

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Iman Alyssa Sahabudin.
  • Menggunakan nama pentas, Iman Troye.
  • Berumur 18 tahun (2020).
  • Bergiat sebagai seorang penyanyi, model dan instafamous.
  • Muncul dengan single sulung berjudul Teman ciptaan dan tulisan lirik oleh Ezra Kong dan A.Ramlee.
  • Video lirik Teman sehingga kini telah mencatatkan lebih 3 juta tontonan di laman Youtube. Muzik video rasminya pula meraih lebih 1 juta tontonan sejak dimuat naik lima hari lalu.
  • Akaun Instagramnya yang menggunakan nama @imantroye mengumpul lebih 990,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.
  • Pernah bergelar model sambilan untuk jenama-jenama pakaian muslimah tempatan seperti Leeyanarahman.
  • Gemar memuat naik nyanyian lagu cover di media sosial.
  • Mendapat jolokan sebagai 'Nabila Razali 2.0'.
  • Mula dipanggil dengan nama 'Iman Troy' sejak umur 14 tahun yang mana sebutan untuk Troye adalah 'Troy' (tanpa membabitkan sebutan 'e').
  • Pernah mencetuskan kontroversi pada Mei lalu kerana tindakannya berbaring atas pokok landskap sekitar kawasan River of Life milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sewaktu menjayakan penggambaran jenama fesyen muslimah.
  • Single Teman nyanyiannya berjaya menewaskan lagu Cute dendangan Harith Zazman bersama MFMF dan Loca B, Penat (Andi Bernadee) dan Terlanjur Cinta (Hael Husaini, Cakra Khan) sebagai antara lagu paling banyak distrim sepanjang awal Oktober 2020.
  • Pernah menerima kejutan daripada penyanyi pujaannya, Siti Sarah yang hadir ke sekolahnya semata-mata untuk memberikan kata-kata semangat sewaktu menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

   

Baca: 15 Fakta Iman Troye (Imantroye) Yang Ramai Tak Tahu!

   

Foto

iman troye teman

siapa iman troye

iman troye ig

umur iman troye

keluarga iman troye

iman troye 283

imantroye

wikipedia iman troye

lagu iman troye

biodata imantroye

Kredit foto: Instagram Iman Troye

   

Video

Kredit video: Iman Troye - Teman (Official Music Video)

    

Sumber:

1. Posing sampai patah ranting pokok hiasan DBKL, pengurus pertahan ia aksi spontan selebriti Instagram - “Iman sedih... minta maaf”

2. Beri Kejutan Untuk Peminat SPM, Siti Sarah Siap Pergi Ke Sekolah!

3. Pernah Baring Atas Pokok DBKL, Kini Jadi Penyanyi Viral 2 Juta! Semak Fakta Menarik Tentang Iman Troye

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)