hh

Kredit foto: Instagram Ustaz Wadi Annuar , Facebook Ustaz Wadi Annuar [1 , 2]

        

Siapa Ustaz Wadi Annuar, yang turut dikenali sebagai Wadi Anuar? Di bawah ini, kami himpunkan 10 fakta tentang penceramah yang disanjungi dan dihormati oleh khalayak ramai ini.

        

ustaz wadi anuar wikipedia 32184

       

1. Nama penuh beliau ialah Mohamad Wadi Annuar bin Ayub, seorang agamawan yang kini telah berumur 41 tahun (2024).

       

wadi annuar

        

2. Ustaz Wadi dilahirkan di Kota Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

        

umur ustaz wadi anuar

        

3. Beliau telah diberikan tauliah untuk menyampaikan ceramah di beberapa negeri di Malaysia, termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Ustaz Wadi juga mempunyai Tauliah Khas untuk berdakwah di negeri Sabah.

         

ustaz wadi 84167

        

4. Ustaz Wadi Annuar berasal daripada latar belakang keluarga yang tidak berada. Bapanya, seorang peniaga kecil, mengusahakan sebuah kedai makan yang menjadi tempat rezeki buat keluarga, sementara ibunya pula seorang tukang masak.

        

isteri ustaz wadi

       

5. Dulu semasa di usia mudanya, Ustaz Wadi sebenarnya tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang pendakwah atau penceramah seperti hari ini. Cita-citanya jauh berbeza — dia mengimpikan untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Pengaruh daripada latar belakang keluarga yang bergelumang dengan dunia perniagaan menjadikan impian itu semakin kuat, apatah lagi dengan harapannya untuk menjadi individu paling kaya demi membantu ekonomi umat Islam.

        

ustaz wadi annuar 25825

       

Ketika tiba masanya untuk mengisi borang kemasukan universiti, Ustaz Wadi turut memilih jurusan perniagaan. Namun, takdir punya jalan yang berbeza. Pilihan pekerjaan itu tidak mendapat restu daripada mak ayahnya, yang mahukan beliau menempuh jalan yang lebih mendekati agama. Mereka mahu melihat dirinya sebagai seorang ustaz, terutamanya selepas memberikannya latar belakang pendidikan agama sejak kecil.

       

ustaz wadi anuar bercerai adik beradik kemalangan tahfiz imam mahdi

           

6. Soal status perkahwinan Ustaz Wadi yang sering menjadi buah mulut ramai akhirnya terjawab dalam satu sesi podcast berjudul ‘Apa Cerita?’ yang dihoskan oleh Asyraf Khalid, anak kepada Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K). Sebelum ini, ramai yang menganggap Ustaz Wadi masih bujang, namun kenyataannya dalam podcast itu telah membuka satu sisi peribadi yang tidak ramai ketahui.

       

wadi anuar 97158

        

Menurut Ustaz Wadi, beliau sebenarnya adalah duda kerana pernah mendirikan rumah tangga ketika pulang dari menuntut ilmu, kira-kira 16 tahun yang lalu. Namun, perkahwinannya tidak bertahan lama. Selepas beberapa tahun berkahwin, Ustaz Wadi dan bekas isterinya membuat keputusan untuk bercerai tanpa kelahiran anak dalam perkahwinan itu.

        

ustaz wadi anuar 82174

        

7. Buat masa ini, Ustaz Wadi mengakui bahawa hatinya masih belum terbuka untuk kembali berumah tangga, meskipun menerima pinangan dan ada rasa yang terdetik dalam dirinya untuk berkahwin lagi.

Mengimbas kembali kenangan masa mudanya, beliau mengaku bahawa sejak di bangku sekolah menengah lagi hatinya pernah jatuh cinta. Bahkan, ketika berada di universiti, Ustaz Wadi pernah menyimpan hasrat untuk memperisterikan seorang wanita, namun waktu belum menyebelahi keinginannya.

         

ustaz wadi anuar kahwin

       

8. Terkini, pada 26 Ogos 2024, bersamaan dengan 21 Safar 1446H, satu penghormatan besar telah diterima oleh Ustaz Wadi Annuar apabila beliau dianugerahkan sebagai ‘Best Islamic Motivator Of The Year’. Pengiktirafan ini mengangkatkan lagi namanya sebagai seorang pendakwah.

9. Selain daripada penyampaian ceramah agama, Ustaz Wadi Annuar juga menjelajah dunia penulisan. Pada tahun 2019, beliau telah menghasilkan sebuah buku yang bertajuk Andai Umat Ini Seperti Umar Al-Khattab.

       

bekas isteri ustaz wadi anuar

Kredit gambar: Instagram Ustaz Wadi Annuar , Facebook Ustaz Wadi Annuar [1 , 2] , Instagram Asyraf Khalid , X (Twitter) Ustaz Wadi Annuar

        

10. Ustaz Wadi Annuar turut meraih perhatian dengan menjadi selebriti media sosial, yang mana beliau memiliki 2.6 juta pengikut di TikTok dan 1.2 juta pengikut di Instagram (IG).

       

Untuk lebih info mengenai beliau, baca artikel: Biodata Penceramah Agama, Ustaz Wadi Annuar

       

Kredit video: Apa Cerita? Kisah Inspirasi Ustaz Wadi Annuar | Episode 33

       

Sumber:

1. Laman Sesawang Ustaz Wadi Annuar

2. Apa Cerita? Kisah Inspirasi Ustaz Wadi Annuar | Episode 33

3. Facebook Ustaz Wadi Annuar

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)