Kredit foto: Instagram Mas Idayu

Siapa Mas Idayu? Mas Idayu merupakan penyanyi wanita Malaysia yang mula terkenal pada tahun 1990-an. Dia sinonim dengan irama Dangdut dan dikenali dengan jolokan 'Ratu Gelek 45 darjah'.

Biodata

Nama penuh: Masidayu binti Mesnun

Nama pentas: Mas Idayu

Umur: 50 tahun (2022)

Tarikh lahir: 10 Januari 1972

Tempat lahir / Asal: Kota Tinggi, Johor, Malaysia

Keluarga: Mesnun bin Hassan (bapa) dan Hasidah binti Awang (ibu)

Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Kerjaya: Penyanyi, pelakon, komposer

Instagram (IG): @masidayu1001

Latar Belakang Dan Fakta Menarik

1. Juga dipanggil dengan nama Ayu dan Mummy.

2. Anak kepada Mesnun bin Hassan (bapa) dan Hasidah binti Awang (ibu).

3. Terlibat dalam dunia hiburan sejak tahun 1991.

4. Membesar dengan lagu-lagu ghazal dan keroncong.

5. Minat dalam bidang hiburan sejak usia muda apabila terlibat dalam program TV nyanyian kanak-kanak di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1976.

6. Tamat sekolah, dia mencari peluang merakam album dan melibatkan diri dalam pertandingan nyanyian Bintang HMI edisi 1991.

7. Sebelum terikat sebagai penyanyi rakaman pada 1991, dia terlebih dulu pernah aktif menyanyi di lounge dan kelab.

8. Perjalanannya dalam kerjaya seni bermula apabila penerbit terkenal era 80-an, A. Ali mencari penyanyi yang mampu menyanyikan lagu pop Malindo untuk filem usaha sama Malaysia-Indonesia berjudul "Gelora Cinta" pada 1992.

9. Namun hanya pada tahun 1995, Mas Idayu menjenamakan dirinya sebagai penyanyi genre dangdut apabila diterbangkan ke Bandung, Indonesia untuk merakamkan album dangdut pertamanya, Cintaku 100% yang juga merupakan album studio ketiganya untuk pasaran pada tahun 1996.

10. Antara lagu dangdut popular beliau yang berjaya menangkap telinga pendengar ialah Cintaku 100%, Robek Hatiku, Senggol Senggolan Cubit Cubitan, Selangit, Dunia Cinta, Bolehlah Boleh, Hasrat Perindu dan banyak lagi.

11. Album studio beliau ialah Gelora Cinta terbitan 1992, Cinta & Adat (1994), Cintaku 100% (1996), Dunia Cinta (1997), Bolehlah Boleh (1999), Mas Idayu 1001 (2002) dan Kekal 1001 (2008).

12. Beliau turut menghasilkan album kolaborasi bersama penyanyi segenarasinya menerusi judul Remix 70an (1995), Puteri Dangdut (1996), Puteri Hindi (1996), Puteri Dangdut 2 (1998), Salam Hari Raya (2003) dan Dang Dang Dut 3 (2005). Tidak ketinggalan album-album kompilasi yang mengandungi lagu-lagu terbaik beliau.

13. Sebagai penyanyi, Mas Idayu terkenal dengan jolokan "Ratu Gelek 45°" berserta gaya unik memegang mikrofon.

14. Dalam bidang lakonan, dia membintangi drama bersiri Kampung Kolestrol termasuk telefilem Sebuah Ijtihad dan Balik Kampung Tak Lonely Lagi.

15. Antara pencapaiannya ialah memenangi program realiti Mentor musim ketiga pada 2009 bersama protegenya, Black Hanifah. Beliau turut memenangi trofi Album Dangdut Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 1998 menerusi Dunia Cinta dan Album Dangdut Terbaik di AIM 2000 menerusi Bolehlah Boleh.

16. Turut tercalon dalam kategori Album Terbaik di AIM 1998 menerusi Dunia Cinta, Album Terbaik di AIM 2000 menerusi Bolehlah Boleh dan Kulit Album Terbaik di AIM 2003 menerusi Mas Idayu 1001.

17. Lagu "Hasrat Perindu" ciptaan Adnan Abu Hassan dan dinyanyikannya berjaya melayakkan diri ke Anugerah Lagu Juara ke-18 (2003) untuk dicalonkan dalam kategori Etnik Kreatif.

18. Pengalaman luas dalam dunia muzik turut mengangkat dirinya menjadi antara juri dan pengkritik program realiti nyanyian popular seperti Lagu Cinta Kita, Dangdut Academy Asia di Indosiar, Big Stage, Vokal dan Mic On.

19. Pada 2016, beliau memikul tanggungjawab sebagai tenaga pengajar dalam rancangan realiti Akademi Fantasia 2016 (AF2016) musim ke-13 sebagai Guru Vokal Persembahan. AF2016 menghasilkan nama-nama bintang seperti Amir Masdi, Ara Johari, Isyariana Che Azmi, Isa Khan, Zarol Zarif, Fiza Thomas dan Jasper Supayah.

20. Pada 1997, dia berkahwin dengan pelakon popular Aman Graseka yang merupakan kerabat diraja negeri Perak, bagaimanapun mereka bercerai pada 2006. Perkongsian hidup dengan bekas suaminya itu dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nur Dayini Ashiqah yang dilahirkan pada 1998.

21. Terbaru, dia bakal melangsungkan perkahwinan pada 16 September 2022 di Magica Quill City, Kuala Lumpur, pukul 9 pagi dengan lelaki pilihannya, Muhammad Sufian Che Isa, penerbit eksekutif di stesen TV3. Pada sebelah malam hari yang sama mereka akan mengadakan majlis resepsi bertemakan 'fairy tale' bersama 320 tetamu jemputan.

Baca: Biodata Muhammad Sufian Che Isa, Bakal Suami Penyanyi Mas Idayu

Gambar

mas idayu 284

umur mas idayu

anak mas idayu

lagu mas idayu 53

bekas suami mas idayu

sufian isa 956

mas idayu ig

suami mas idayu

Mas Idayu di samping bakal suami dan tetamu ketika mengadakan majlis jamuan raya dan doa selamat beberapa bulan lalu.

mas idayu kahwin 964

Pada 15 Mei 2022, dia menerima tanda berupa barang kemas sebagai pengikat hubungannya dengan Sufian, selepas keluarga kedua-dua belah pihak bertemu di kampung Mas Idayu di Kota Tinggi, Johor. Tetapi tanda itu bukanlah acara bertunang atau merisik.

bakal suami mas idayu 902

Kredit foto: Instagram Mas Idayu

Video

Kredit video: Perkahwinan Mas Idayu Bakal "Wedding Of The Year" | Melodi (2022)




Hakcipta iluminasi.com (2017)