Kredit foto: Instagram Maryam Younarae , Instagram @duriankimchijunior

     

Siapa Maryam Younarae? Beliau adalah seorang selebriti media sosial yang terkenal bersama pasangannya, Ryzal Ibrahim dan menjadi wajah yang tidak asing lagi di platform media sosial mereka, terutamanya Duriankimchi TV.

    

Biodata

Nama sebenar: You Narae

Nama Islam: Maryam

Nama komersial: Maryam Younarae, Maryam You Narae

Umur: 31 tahun (2023)

Tarikh lahir: 19 Februari 1992

Agama: Islam (Mualaf)

Asal: Ansan, Gyeonggi-do, Korea Selatan

Keluarga: Anak bongsu daripada dua orang adik beradik

Pendidikan: Diploma Terapi Fizikal, Universiti Cheongam, Jeollado, Korea Selatan

Pekerjaan: Personaliti media sosial, Youtuber

Instagram (IG): @maryamyunrrr

     

Latar Belakang

1. Sebelum memeluk Islam, You Narae hanya merupakan seorang gadis biasa yang menjalankan gerai penjualan kuih walnut bersama ibu saudaranya di Korea Selatan.

2. Walaupun tidak menganut agama tertentu, dia meyakini adanya Tuhan. Dia menghadapi dilema dalam memilih agama yang tepat sebagai landasan hidupnya.

3. Kemudian You Narae berkenalan dengan Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim atau Ryzal Ibrahim, seorang pemuda Melayu dari Kota Bharu, Kelantan yang pada masa itu sedang menuntut di Universiti Korea, Seoul pada tahun 2018.

4. Pada mulanya mereka berkenalan, Ryzal mengusulkan untuk mengajar You Narae bahasa Inggeris dengan syarat wanita itu mengajarnya bahasa Korea sebagai balasan. Walau bagaimanapun, hubungan antara 'guru dan pelajar' yang terbina mula membawa mereka untuk bertukar kisah peribadi.

5. Minat You Narae terhadap Islam timbul apabila dia melihat cara hidup dan amalan Ryzal, terutama selepas menyaksikan keluarga pemuda itu melaksanakan solat ketika berkunjung ke negara tersebut. Tarikan You Narae terhadap Islam semakin mendalam apabila dia belajar berpuasa pada bulan Ramadan.

6. Pada Ramadan 2019, You Narae secara tidak rasmi memeluk Islam selepas mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Ryzal.

7. Pada 11 Julai 2019, hampir sebulan sebelum Hari Raya Korban, setelah yakin dengan hati dan dirinya, You Narae mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Imam di Masjid Itaewon, Seoul. Kemudian, adik Ryzal memberikan nama Islam kepadanya, iaitu Maryam.

8. Pada 15 Ogos 2019, Maryam dan Ryzal mengikat ikatan perkahwinan di Masjid Itaewon, Seoul selepas mengenali hati budi di Korea Selatan. Mereka memutuskan untuk kembali dan menetap di Malaysia sekitar September 2020.

9. Pada 20 Oktober 2021, pasangan suami isteri itu menyambut kelahiran anak sulung mereka yang berjantina perempuan, diberi nama Rina.

10. Kemunculan Maryam dalam saluran Youtube, Duriankimchi TV, memikat pengguna media sosial di Malaysia dengan video-video yang memperlihatkan beliau mempelajari bahasa Melayu bersama suaminya, Ryzal, di sisi.

     

Fakta Menarik

1. Sebelumnya, beliau pernah bekerja sebagai ahli fisioterapi di sebuah hospital di bandar Ansan, Korea.

2. Peralihan agama Maryam mendapat sokongan daripada ibunya, tetapi di kalangan rakan-rakannya, terdapat pertikaian yang timbul berhubung dengan isu tudung, larangan makan daging khinzir dan minuman keras.

3. Baginya, kesulitan menjadi seorang Muslim di Korea adalah ketika dia terpaksa mengelak daripada menyertai makan malam berkumpulan yang dianjurkan oleh pihak hospital kerana makanannya tidak halal. Tindakannya ini menimbulkan ketidakselesaan kerana dianggap tidak sopan dan tidak menghormati budaya masyarakat Korea.

4. Walau Ryzal tidak pernah memaksa Maryam memeluk Islam, namun sejak mereka berkawan, Maryam dengan sendirinya mengambil langkah untuk mempelajari Islam dan budaya Melayu. Dia cuba memakai tudung, menjamah makanan Melayu, berbicara dalam bahasa Melayu dan meniru dialek Kelantan.

5. Sejak permulaan tahun 2023, Maryam telah menarik perhatian pengikutnya apabila dia mula membawakan hijab dalam penampilannya dan memuat naik foto-foto yang memaparkan dirinya mengenakan tudung.

6. Dia mula terlibat dalam industri hiburan Malaysia pada tahun 2021. Dia menjadi salah seorang daripada 50 juri dalam rancangan realiti All Together Now Malaysia Musim 2 dan akan menyertai sebagai penyiasat undangan dalam program I Can See Your Voice Malaysia musim keenam (ICSYVMY6).

7. Dia juga muncul dalam sitkom TV Annyeonghaseyo Cikgu Maryam yang ditayangkan di saluran Astro Warna, dan dia turut membuat penampilan dalam siri TV Durian Kimchi yang disiarkan di saluran Suke TV.

8. Jumlah pengikut di akaun Instagram @maryamyunrrr Maryam telah melangkaui angka 1.2 juta. Di samping itu, saluran Youtube Duriankimchi TV mempunyai lebih daripada 421,000 pelanggan.

     

Pencapaian Duriankimchi

Top 10 Influencer Malaysia 2020 (Magazine To 10 Asia)

The Best Vlog di Anugerah Youtubrity Malaysia 2021

Inspiring Influencer 2022 di Kelantan Business Entrepreneur Award

Top 5 Meta's Creator of Tomorrow 2022

       

Baca: Biodata Ryzal Ibrahim, Suami Wanita Korea Maryam You Narae, Youtuber Durian Kimchi

         

Gambar

maryam younarae

ryzal ibrahim

maryam you narae wikipedia

biodata ryzal ibrahim

biodata maryam younarae

maryam you narae

duriankimchi

maryam durian kimchi

durian kimchi

umur maryam durian kimchi

maryam korea

Kredit foto: Instagram Maryam Younarae , Instagram @duriankimchijunior

    

Video

Kredit video: The Mosque: Kiblatku | Maryam Younarae, Tragis Depresi Muallaf Korea

     

Sumber:

1. Gadis Korea tekad dalami ilmu agama, budaya masyarakat tempatan

2. Perjalanan indah hidayah Maryam

3. Makna Aidilfitri Maryam You Narae

4. Maryam, Ryzal sambut ‘durian kimchi’ junior

5. “Maafkan Abang Sayang…” - Sebaknya! Airmata Maryam Tumpah Apabila Suami Sanggup…

6. Youtube Duriankimchi TV

7. Majalah Dewan Bahasa Januari 2021

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)