hh

Kredit foto: Instagram Ananda Natasha , Facebook Ananda Maulida

       

Ananda Natasha, atau lebih mesra dikenali sebagai Tasha, merupakan wanita berasal dari Acheh, Indonesia yang kini menjadikan Malaysia sebagai tempat tinggalnya sejak tujuh tahun lalu.

           

Biodata

Nama: Ananda Natasha

Umur: 24 tahun (2024)

Asal: Acheh, Indonesia

Keluarga: Anak bongsu dalam kalangan adik beradiknya

Pekerjaan: Personaliti Media Sosial

Instagram (IG): @ananda_natashaaa

Tiktok: @anandanatashaa1

        

Latar Belakang

Pada usia 15 tahun, Natasha membuat keputusan besar untuk berhenti sekolah dan merantau ke Malaysia demi mencari rezeki. Walaupun pada mulanya niatnya ditentang oleh ibu bapanya, dia berjaya meyakinkan ibunya dengan syarat untuk berada di Malaysia selama setahun sahaja.

Setibanya di Malaysia, dia tinggal bersama dua kakaknya. Namun, usia mudanya menyukarkan dia untuk mendapatkan pekerjaan.

Atas bantuan kenalan kakaknya yang bekerja di Encorp Mall Kota Damansara, dia memulakan pekerjaannya sebagai ‘cleaner’. Dia membuat kerja pembersihan di pejabat pada waktu siang dan menyambung kerja sebagai pembersih tandas di pusat beli-belah selepas waktu petang.

Walaupun gaji yang diperoleh tidak seberapa dan sering kali terpaksa menahan lapar, dia bersyukur kerana sentiasa dikelilingi oleh orang baik hati yang sering belanja makan. Dia tidak pernah melupakan kenangan pahit manis sebagai ‘cleaner’, walaupun hanya bekerja selama lima bulan.

Pada usia 19 tahun, Natasha berkahwin dengan Muhammad Andika Putera Salleh (Andika Putera), seorang penceramah motivasi dari Pulau Pinang. Namun, perkahwinan mereka diuji apabila pasangan ini bercerai buat pertama kali pada tahun 2022 akibat tiada persefahaman. Mereka kemudian rujuk semula demi kebaikan anak mereka, Alisha Puteri, namun akhirnya berpisah semula pada Disember 2023, selepas empat tahun bersama.

        

Fakta Ananda Natasha

1. Bermula sebagai suri rumah, Natasha mula menjana pendapatan dengan menghasilkan konten video di TikTok dan Instagram (IG), memfokuskan kepada kehidupan keluarga, terutama suami dan anaknya.

2. Anak perempuannya, Alisha Puteri, dilahirkan dengan sumbing di mulut, kecacatan pada jari dan masalah mata. Namun, pada September 2023, Alisha telah selamat menjalani pembedahan bibir dan membuang jari keenamnya.

3. Kisah perceraian Natasha dan Andika Putera juga menjadi perhatian umum. Mereka berusaha berdamai dan berbincang secara matang demi masa depan Alisha, walaupun sudahnya mereka memilih untuk tetap berpisah.

4. Natasha kini dikaitkan dengan penyanyi Ezra Kairo, yang sering berkolaborasi dengannya dalam siaran langsung TikTok, bahkan Natasha turut tampil dalam video muzik lagu terbaru Ezra, 'Alahai' yang mendapat sambutan hangat di YouTube.

5. Tidak hanya berbakat dalam penghasilan konten, dia juga menerima pujian warganet apabila videonya membaca ayat suci al-Quran tular di media sosial. Video itu memperlihatkan Natasha bertaranum dengan suara merdu, menyerlahkan bakat terpendamnya yang memukau para pengikutnya.

       

Baca: Biodata Ezra Kairo, Penyanyi Gandingan Zubir Khan Dalam Lagu OMK (Oh My Kadhale)

        

Foto

ananda natasha umur berapa siapa dulu viral

ananda natasha cerai

ananda natasha asal mana

ananda natasha andika putera

ananda natasha suami

ananda natasha wikipedia

ananda natasha ig

ananda natasha kahwin

andika putera

andika putera biodata

andika putera wikipedia

ananda natasha umur

Ibu Ananda Natasha

ezra kairo 25894

ananda natasha

Kredit foto: Instagram Ananda Natasha , Facebook Ananda Maulida

        

Video

Kredit video: Bersanding Seorang Diri, Ananda Natasha Diceraikan Atas Talian! | Motif Trending

       

Sumber:

1. TikTok Ananda Natasha

2. Instagram Ananda Natasha

3. Bersanding Seorang Diri, Ananda Natasha Diceraikan Atas Talian! | Motif Trending

4. Andika Putera dan Ananda Natasha capai kata sepakat demi Alisha

5. Syukur! Anak selamat jalani pembedahan bibir dan buang jari keenam, influencer Andika Putera tak berkira keluar banyak kos rawatan

6. "Saya Dah Lama Move On, Tapi Masih Terkilan Kawan Baik Sendiri Yang Sailang Masa Iddah" - Ananda Natasha

7. Andika Putera nafi curang

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)