duit saidina

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 23 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732], Menteri membuat perintah yang berikut:

1. Nama dan permulaan kuat kuasa

  1. Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Gaji Minimum 2022.
  2. Kecuali bagi perenggan 5 dan 6, Perintah ini mula berkuat kuasapada 1 Mei 2022.
  3. Perenggan 5 mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2023.
  4. Perenggan 6 berkuat kuasa bagi tempoh mulai 1 Mei 2022 hingga 31 Disember 2022.

2. Ketidakpakaian

Perintah ini tidak terpakai bagi pekhidmat domestik sebagaimana

yang ditakrifkan di bawah subseksyen 2(1) Akta Kerja 1955 [Akta 265],

subseksyen 2(1) Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] dan subseksyen 2(1) Ordinan

Buruh Sarawak [Bab 76].

3. Tafsiran

Dalam Perintah ini— “kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran” ertinya mana-mana kawasan yang diisytiharkan atau ditubuhkan sebagai kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 [Sabah No. 11 tahun 1961] atau Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan 1996 [Sarawak Bab 20], atau Putrajaya atau Labuan;

“tempat kerja” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Kerja 1955, subseksyen 2(1) Ordinan Buruh Sabah dan subseksyen 2(1) Ordinan Buruh Sarawak.

4. Kadar gaji minimum dan kadar gaji bagi pekerja yang dibayar hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, dsb. berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022 4.

1. Kadar gaji minimum yang kena dibayar kepada seseorang pekerja berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022 hendaklah seperti yang berikut:

table gaji minimum 2022 malaysia minima 452

2. Berhubung dengan seseorang pekerja yang tidak dibayar gaji pokok tetapi dibayar gaji hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan yang kena dibayar kepada pekerja itu berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022 hendaklah tidak kurang daripada RM1,500.

3. Perenggan ini terpakai bagi pekerja yang diambil kerja oleh—

    (a) seseorang majikan yang mengambil kerja lima orang pekerja atau lebih; dan

    (b) tanpa mengira bilangan pekerja yang diambil bekerja, majikan yang menjalankan suatu aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) sebagaimana yang diterbitkan secara rasmi oleh Kementerian Sumber Manusia.

5. Kadar gaji minimum dan kadar gaji bagi pekerja yang dibayar hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, dsb. berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023

(1) Kadar gaji minimum yang kena dibayar kepada seseorang pekerja berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023 hendaklah seperti yang berikut:

table gaji minimum 2022 malaysia minima 699

(2) Berhubung dengan seseorang pekerja yang tidak dibayar gaji pokok tetapi dibayar gaji hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan yang kena dibayar kepada pekerja itu berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023 hendaklah tidak kurang daripada RM1,500.

(3) Perenggan ini terpakai bagi pekerja yang diambil kerja oleh seseorang majikan yang mengambil kerja kurang daripada lima orang pekerja selain majikan yang disebut dalam subsubperenggan 4(3)(b).

6. Kadar gaji minimum dan kadar gaji bagi pekerja yang dibayar hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, dsb. bagi tempoh mulai 1 Mei 2022 hingga 31 Disember 2022

(1) Kadar gaji minimum yang kena dibayar kepada seseorang pekerja mengikut kawasan tempat kerja bagi tempoh mulai 1 Mei 2022 hingga 31 Disember 2022 hendaklah seperti yang berikut:

gaji minimum 2022 table 2

(2) Berhubung dengan seseorang pekerja yang tidak dibayar gaji pokok tetapi dibayar gaji hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen kadar gaji bulanan yang kena dibayar kepada pekerja itu mengikut kawasan tempat kerja bagi tempoh mulai 1 Mei 2022 hingga 31 Disember 2022 hendaklah tidak kurang daripada kadar seperti yang berikut: 

table 3 gaji minima 2022

(3) Perenggan ini terpakai bagi pekerja yang diambil kerja oleh seseorang majikan yang mengambil kerja kurang daripada lima orang pekerja selain majikan yang disebut dalam subsubperenggan 4(3)(b).

duit seratus berkeping keping

7. Pembatalan

Perintah Gaji Minimum 2020 [P.U. (A) 5/2020] dibatalkan

  • Bertarikh 27 April 2022 Oleh DATUK SERI SARAVANAN A/L MURUGAN
  • Menteri Sumber Manusia


Hakcipta iluminasi.com (2017)