Oleh pada 28 Jul 2017 kategori

diminta bertaubat dan ke masjid ini respon balas norlia ghani 1

Kredit foto: Instagram Norlia Ghani

Pelakon Norlia Ghani menafikan komen yang mendakwa dirinya tidak beringat tentang soal kematian.

Menurut Norlia, dia sedar akan tanggungjawabnya kepada Tuhan, namun dalam masa yang sama tidak dapat mengenepikan tugasnya dalam bidang seni untuk menyara kehidupan.

diminta bertaubat dan ke masjid ini respon balas norlia ghani 2

Kredit foto: Instagram Norlia Ghani

Alhamdulillah... pada usia sekarang saya masih sihat, kuat. Saya bersyukur banyak-banyak dan soal rezeki juga saya serahkan kepada Tuhan. Pada usia sebegini jangan ingat saya tak fikir ‘di sana’ (kematian) tetapi rezeki, tetap perlu dicari. Biarlah apa orang nak kata, sebab tak semua orang tahu artis veteran ni bukan hidup senang. Orang luar ingat semua artis tu kaya. Yalah, kita ni bila keluar rumah kena pakai cantik-cantik sebab kita artis tapi belum tentu kita ada duit. Saya masih lagi tinggal menyewa. Sebulan kena bayar sewa dalam RM1,000 lebih. Saya ada mohon rumah PPR (rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat) dah sekian lama tapi sampai sekarang tak dapat. Nak harapkan anak-anak, memang mereka ada bantu tapi mereka pun ada keluarga sendiri. Takkan kita nak minta duit anak-anak pula?

Sumber: Mstar

Norlia memberi kenyataan tersebut apabila diminta mengulas tentang kritikan netizen di laman sosial yang mengingatkan dirinya untuk membuat ibadat dalam usia senjanya.

Dalam pada itu, Norlia turut mendedahkan kerjayanya sebagai pelakon hanyalah indah khabar daripada rupa.

diminta bertaubat dan ke masjid ini respon balas norlia ghani 3

Kredit foto: Instagram Norlia Ghani

Kalau orang muda tu, produser sanggup bayar puluh ribu untuk watak utama. Kalau veteran macam Mama ni, dia orang bayar RM6,000. Jumlah tu memang sikit tapi apa nak buat, kalau tak ambil, macam mana nak makan? Ada juga sesetengah pelakon veteran sanggup menerima bayaran walaupun dibayar RM2,000 atau RM3,000 saja demi mencari sesuap nasi. Menjadi pelakon tidak seindah seperti yang dilihat di televisyen sebaliknya kehidupan mereka sengsara terutamanya ketika usia semakin lanjut.

Sumber: Mstar 


tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)