Kredit foto: Mynewshub

Suami kepada penyanyit terkenal Nora Ariffin, Johan Nawawi yang juga merupakan seorang komposer meninggal dunia selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya awal pagi hari ini.

Disebabkan keadaan kesihatan yang tidak elok, Johan yang berusia 52 tahun dikhabarkan dibawa ke pusat perubatan tersebut sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 pagi.

Menurut anak Allahyarham, Mohd Syakir Alif, punca kematian bapanya itu adalah kerana serangan jantung.

Johan seringkali menggubah lagu untuk Nora antaranya Satu, Desa Tercinta, Naluri dan Samudera.

Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di Masjid Kampung Tunku dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di lokasi yang sama selepas solat Jumaat.

Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah agar rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Sumber berita: mStar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)