Membunuh adalah salah satu jenayah yang dikenakan hukuman paling berat, iaitu juga dengan kematian.
Apatah lagi jika seseorang itu mengambil nyawa orang tersayang, yang mana dilihatkan sebagai satu jenayah mengerikan dan biasanya didorong oleh emosi yang sangat dalam dan terganggu.
Di antara kes-kes bunuh di Malaysia, terdapat satu kes yang masih belum terungkai dan kekal misteri walaupun menjangkaui tempoh 40 tahun.
BESARKAN TEKS A- A+
Jean Perera Sinnappa yang merupakan seorang balu dengan tiga orang cahaya mata merupakan bekas Ratu Cantik Malaysia.
(Jean Perera Sinnapa)
Pada 6 April 1979, mayat wanita malang ini temui di dalam sebuah kereta di sebuah lebuh raya.
Tubuhnya ditemui dalam keadaan yang sangat mengerikan dengan 10 kesan tikaman di bahagian dada dan masih bertali pinggang keledar.
Menurut sumber, Jean Perera dan abang iparnya, Karthigesu Sivapakiam sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Klang sebelum kejadian itu berlaku.
Selepas beberapa ketika, Karthigesu memberhentikan kereta berdekatan dengan Lapangan Terbang Subang untuk membuang air kecil.
Dan apa yang berlaku seterusnya tidak dapat disahkan sehingga kini.
Karthigesu mendakwa bahawa dia tidak sedarkan diri di luar keretanya dan ini disahkan oleh dua juruterbang Malaysia Airlines yang menjumpainya.
Dia juga mendakwa dipukul di bahagian kepala dari belakang dan langsung tidak mengingati apa yang berlaku kepada Jean Perera.
Ketika pihak polis tiba, mereka menemui Karthigesu terbaring di atas jalan di sebelah kereta berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri, seperti yang didakwanya.
Dan disebabkan Karthigesu adalah satu-satunya individu yang ditemui di tempat kejadian, ini menjadikannya sebagai suspek utama kes pembunuhan Jean Perera.
Jean Perera yang merupakan seorang guru berkahwin dengan abang Karthigesu iaitu Sinnapa Sivapakiam. Sinnapa meninggal dunia dalam satu kemalangan empat bulan sebelum itu ketika sambutan Tahun Baru.
Selepas kematian mengejut suaminya, Jean Perera dan tiga orang anaknya berpindah untuk tinggal bersama Karthigesu serta ibu mertuanya.
Hubungan Karthigesu dan Jean Perera menjadi semakin rapat, membuatkan mereka jatuh cinta dan memutuskan untuk berkahwin.
Persoalannya yang bermain di minda ramai orang adalah mengapa Karthigesu disyaki dalam kes ini, walhal dia sangat cintakan dan bakal menjadi suami Jean Perera?
Sumber lain mengatakan bahawa kedua-dua mereka sedang hangat bercinta ketika itu. Walau bagaimanapun, kebahagiaan mereka tidak kekal lama apabila Karthigesu mengetahui bahawa Jean Perera curang terhadapnya.
Selepas siasatan lanjut dilakukan, pihak polis mendedahkan bahawa Karthigesu tidak mengalami sebarang kecederaan ketika di tempat kejadian.
Ini sangat mencurigakan kerana Karthigesu mendakwa bahawa dirinya dipukul dari belakang yang membuatkan dirinya terbaring tidak sedarkan diri. Malah, tiada kesan air kencing, meskipun dia mendakwa meninggalkan kereta tersebut untuk kencing.
Malah, News Straits Times dan The Star melaporkan bahawa Jean Perera dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan seorang doktor warganegara Sri Lanka selepas bertemu dalam satu majlis di Brickfields.
Dr Narada Warnasurya dan Jean Perera didakwa berbalas-balas surat antara satu sama lain, dan kesemua 19 surat cinta ini ditulis sebelum kematian Sinnapa.
Penemuan ketidaksetiaan Jean Perera ini menimbulkan persoalan lain, iaitu sama ada Karthigesu hanyalah seorang kekasih yang kecewa atau dia ingin melindungi maruah abangnya?
Pihak polis percaya bahawa penemuan ini mungkin menjadi penyebab ketegangan antara Karthigesu dan Jean Perera yang mendorong lelaki ini untuk membunuhnya atas sebab cemburu.
Kecurigaan ini disemarakkan lagi oleh seorang rakan iaitu Bandhulanda Jayathilake, yang mendedahkan bahawa Karthigesu memberitahunya dengan berkata, "c*laka itu tak layak untuk hidup".
Berdasarkan bukti dan pengakutan Bandhulanda, Karthigesu disabitkan kesalahan.
Namun, setelah Karthigesu dipenjarakan selama dua tahun, Bandhulanda menarik balik kenyataannya dan mengaku bahawa Karthigesu tidak pernah memberitahu apa-apa kepadannya.
Disebabkan ini, hakim menolak semua tuduhan terhadap Karthigesu dan sebaliknya, menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara ke atas Bandhulanda selama 10 tahun.
Bandhulanda meninggal dunia selepas dua tahun menjalani hukuman penjara.
Setelah dibebaskan pada 9 Mei 1979, Karthigesu berkahwin dan tinggal di Klang bersama keluarganya. Namun keberadaannya kini tidak diketahui.
Lokasi anak-anak dan ibu mertua Jean Perera juga tidak diketahui.
Sehingga ke hari ini, pembunuhan ngeri yang mengejutkan seluruh Malaysia ini masih tidak dapat diselesaikan.