Oleh pada 24 Aug 2017 kategori

Masalah tidur berjalan agak jarang berlaku dan ia biasanya tidak membahayakan. Ia dikatakan berlaku apabila seseorang itu berada dalam peringkat tidur yang sangat dalam atau nyenyak, kepada peringkat yang hampir sedar. Ketika berlaku, mereka tidak dapat memberikan respon dan biasanya tidak ingat apa yang berlaku. Terma yang biasa digunakan ialah mengigau.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, terdapat kes-kes dimana berjalan dalam tidur ini boleh membahayakan diri si pelaku, dan juga orang sekeliling. Lebih buruk, terdapat kes-kes pembunuhan yang disebabkan oleh masalah tidur ini yang mana hampir kesemua daripada mereka mendakwa tidak mengingati langsung melakukan pembunuhan tersebut.

iluminasi.com ingin berkongsi 5 kes pembunuhan disebabkan oleh masalah sleepwalking.

1. Edward Lowe

edward lowe

Satu mayat lelaki warga emas telah dijumpai di hadapan jalan masuk ke rumahnya di England pada 30 Oktober 2004. Tubuh Edward Lowe, 82, menunjukkan 90 kesan cedera yang dikatakan berpunca daripada ditumbuk, ditendang dan dipijak.

Anak kepada warga emas ini, Jules Lowe telah mengaku bahawa beliau adalah pelaku tersebut namun tidak mengingati insiden tersebut kerana dikatakan berlaku pada malam dimana beliau terlalu mabuk.

Juri mahkamah mendapati Jules tidak bersalah kerana melakukan perkara itu dalam keadaan tidur dan tidak sedar, namun ditahan dan dimasukkan ke sebuah hospital. Jules dibenarkan keluar daripada hospital 10 bulan kemudian.

2. Scott Falater

scott falater

Seorang wanita berusia 20 tahun, Yarmila, telah dibunuh oleh suaminya, Scott Falater dengan cara tikaman sebanyak 44 kali. Kejadian yang berlaku pada malam 16 Januari 1997 itu dikatakan disaksikan oleh seseorang yang terlihat Scott sedang memegang kepala isterinya yang berada di dalam air.

Pihak pendakwaraya telah mendakwa Scott telah menukar pakaian, menyimpan senjata pembunuhan di dalam bekas makanan dan memasukkannya ke dalam bag bersama-sama kasut lalu dimasukkan ke dalam tayar ganti keretanya di belakang kereta.

Scott mendakwa dirinya tidak sedar perbuatan tersebut dan berkata dia dalam keadaan tidur namun pakar pendakwa menyimpulkan tindakan itu terlalu rumit untuk dilakukan dalam keadaan tidur. Scott akhirnya didapati bersalah kerana membunuh dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

3. Dean Sokell

bunuh ketika tidur

Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana bersalah membunuh isterinya menggunakan penukul dan pisau.

Dean Sokell yang berusia 27 tahun pada tahun 1998 yang sedang tidur, tiba-tiba terjaga dan menyedari dirinya sedang memukul isterinya menggunakan penukul. Penukul tersebut dikatakan berada di dalam biliknya selepas beliau membaiki peralatan di dalam biliknya.

Isterinya, Eleni menjerit akibat dipukul namun Dean tidak berhenti melakukan tindakan kejam itu. Sebanyak 31 kali pukulan dengan penukul dilakukan dan 7 tikaman menggunakan pisau.

Menyedari tindakan itu, Dean melarikan diri namun menyerahkan diri di balai polis selepas menulis sepucuk surat menerangkan bahawa beliau tidak sedar melakukan perkara itu. Dean didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

4. Vernon Silich

vernon silich

Seorang warga Australia telah didapati bersalah atas tuduhan membunuh ibu bapa sendiri. Robert dan Faye Silich pada tahun 2008. Vernon Silich telah melakukan tindakan kejam ke atas kedua ibu bapanya itu dengan menendang mereka menggunakan kasut bertumit keluli ketika mereka sedang tidur.

Namun, beliau ketika dibicarakan mengaku tidak bersalah dan mendakwa dirinya tidak mengingati langsung akan tindakan itu. Beliau juga berkata hanya menemui mayat mereka selepas terlalu mabuk malam sebelumnya.

Vernon yang rapat dengan ibu bapanya, telah dipertahankan oleh peguamnya yang mendakwa beliau mempunyai sejarah berjalan dalam tidur dan pernah menyerang ibu bapanya tanpa sedar. Namun mahkamah mendapati Vernon bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

5. Kenneth James Parks

kenneth

Kenneth James Parks yang berusia 23 tahun telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 5 bulan, berhadapan dengan 2 tuduhan berat iaitu cubaan membunuh bapa mertua, dan membunuh ibu mertuanya. Kejadian tersebut berlaku pada Mei 1987 dimana menurut laporan, Kenneth yang masih sedang tidur, tiba-tiba bangun dari katil dan masuk ke dalam keretanya.

Beliau kemudiannya memandu sejauh 23 kilometer menuju ke rumah mertuanya. Sesampainya di sana, Kenneth memecah masuk dan telah menyerang bapa mertuanya dan menikam ibu mertuanya sehingga mati.

Apa yang pelikya adalah beliau keluar dari rumah tersebut dan terus memandu ke balai polis untuk meminta bantuan. Beliau memberitahu anggota polis bahawa beliau telah membunuh seseorang, dan berkata "Tangan sayaa.....". Kenneth juga memberitahu bahawa beliau melakukan pembunuhan itu secara tidak sedar kerana berada dalam keadaan tidur.

Ramai yang tidak percayakan kenyataan ini termasuklah pakar perubatan, namun mereka tidak menjumpai sebab lain mengapa Kenneth bertindak demikian. Akhirnya, juri membebaskan Kenneth daripada tuduhan cubaan membunuh bapa mertua dan membunuh ibu mertuanya kerana beliau didapati dalam keadaan tidur ketika itu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)