Kredit foto: Beautifulnara

Penglibatan dalam rancangan Super Spontan Superstar 2017 yang bakal berlangsung mulai 8 September ini membuatkan Amy Mastura berasa bimbang. 

Ini kerana penyanyi berusia 46 tahun itu mempunyai tabiat melatah yang sangat kronik. Amy bimbang jika tercetusnya situasi di luar jangkaan, apatah lagi rancangan ini bakal ke udara secara langsung di kaca televisyen.

jangan terkejut kalau saya pura pura pengsan semasa program bersiaran amy mastura 2

Kredit foto: Instagram Amy Mastura

Saya memang berdoa agar masalah itu dapat dikawal dan sedang mencari strategi untuk mengelakkan melatah ketika sedang bertanding. Jangan terkejut kalau saya perlu berpura-pura pengsan semasa program bersiaran! Sebenarnya melatah ini di luar kawalan jadi saya tak berani nak janji cuma harap ia dapat dikawal.
Sumber: Mstar

Dalam masa yang sama, Amy tidak risau sekiranya kehadirannya dalam program berkenaan akan membuatkan namanya lebih dikenali sebagai seorang pelawak.

Ini berikutan pelakon filem Tragedi Oktober itu bersedia untuk menjadi seorang yang versatil dan mencabar diri dalam mencuba cabang seni baru.

jangan terkejut kalau saya pura pura pengsan semasa program bersiaran amy mastura 3

Kredit foto: Instagram Amy Mastura

Sebenarnya saya bukanlah lawak sangat pun tetapi kalau orang nak kata saya seorang pelawak, saya terima. Maklumlah nak jadi penghibur versatil, saya kena cuba semua bidang termasuk lakonan, nyanyian, pengacaraan termasuklah sebagai pelawak.
Sumber: Mstar

Mengulas mengenai keterbukaannya menerima tawaran tersebut, Amy mendedahkan segalanya berpunca daripada sokongan rakan-rakan.

Saya pun tak tahu macam mana saya boleh terima sedangkan sebelum ini saya pernah tolak kerana tiada keyakinan. Kalau ikutkan saya tak suka sertai pertandingan seperti ini kerana tidak mahu tertekan tetapi saya akan cuba sebaiknya.
Sumber: Mstar

Super Spontan Superstar 2017 bakal menyaksikan Amy menyertai kumpulan King Musang yang antara lainnya turut membariskan Shuib Sepahtu, Syuk SYJ, Atu Zero, Fad Bocey, Kamal Adli, Fikry Ibrahim dan Zulin Aziz.

Manakala sebuah lagi kumpulan yang bertarung adalah Tenggiling Taiko yang dianggotai Rahim, Sharif Zero, Shahrol Shiro, Mamak Puteh, Danial, Sharifah Shahirah dan Ozlynn termasuk Acey sebagai ketua.

Bakal ke udara bermula 8 September, jam 10 malam di saluran Astro Warna.




Hakcipta iluminasi.com (2017)