Oleh pada 22 May 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Sugu Pavithra

    

YouTuber, S. Pavithra mendedahkan pencapaian akademik yang diraihnya sewaktu mengambil peperiksaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) suatu masa dahulu.

Pavithra yang tidak berpeluang menghabiskan persekolahannya berkata, dia berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A termasuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang menjadi subjek kegemarannya.

"Saya dulu sekolah rendah UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dapat 5A. Bahasa Melayu memang subjek kegemaran saya. Cuma, apabila ke Sekolah Menengah saya hanya dapat belajar separuh jalan sahaja. Tingkatan 4 pun tak habis belajar.

"Saya dari kecil memang susah. Hari-hari pergi sekolah, naik bas tambang, tapi selalu tak dapat pergi sekolah sebab susah. Jadi, saya tak dapat belajar dengan baik," katanya ketika portal Astro Gempak.

Gara-gara kesempitan hidup yang dilalui, Pavithra yang menamatkan pengajian lebih awal terpaksa membantu menambahkan pendapatan keluarga dengan bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang.

Selaku anak kedua daripada lima orang adik-beradik, Pavithra menyedari tanggungjawab yang perlu dipikul bagi meringankan beban bapanya yang menyara kehidupan sebagai buruh binaan.

   

Baca: Biodata Youtuber Resipi, Sugu Pavithra

Baca: Akhirnya Sugu Pavithra Dedah Income Saluran Youtubenya

   

sugu pavithra 231

Kredit foto: Instagram Sugu Pavithra

    

"Ayah kemudian suruh saya kerja, sebab kami susah. Jadi, bantu dia cari wang. Lagipun, ketika itu saya paling tua kerana kakak sulung dijaga oleh nenek.

"Sewaktu kerja di kilang, saya banyak bergaul dengan lebih ramai kawan-kawan Melayu. Dari situlah bahasa Melayu saya menjadi lagi fasih," katanya.

Terdahulu, ibu kepada dua orang anak ini mendapat perhatian rakyat Malaysia menerusi video-video masakannya yang dimuat naik di laman Youtube menerusi saluran Sugu Pavithra.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara yang tampil memberikan sokongan kepada usaha youtuber berketurunan India itu yang menjana pendapatan menerusi laman perkongsian video berkenaan dengan niat untuk membantu suaminya, M. Sugu yang bekerja sebagai seorang buruh ladang.

Saluran Youtube Sugu Pavithra sehingga kini diikuti lebih 585,000 pelanggan sejak diwujudkan tiga bulan lalu.

    

Sumber berita: "Saya Dulu Sekolah UPSR Dapat 5A" - Pavithra Tak Dapat Habiskan Belajar, Terpaksa Tolong Bapa Gara-Gara ...

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)