Oleh pada 23 Jul 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Razzi Musa & Instagram Astro Awani

    

Melihatkan keadaan suaminya, M.Sugu yang diiringi polis dengan berpakaian lokap dan bergari, reaksi YouTuber masakan terkenal, S.Pavithra yang juga berada di Mahkamah Majistret Ipoh pagi semalam, kelihatan gelisah dan tidak selesa.

Apabila para wartawan mendekati sewaktu di perkarangan mahkamah, Pavithra yang berusia 28 tahun itu terus berlalu pergi tanpa sebarang kata-kata, sebelum masuk menunggu di dalam sebuah kereta yang dipandu seorang wanita yang juga saudaranya.

Dalam pada itu, pengurus Youtuber masakan itu memaklumkan keadaan terkini pasangan terbabit yang merancang untuk berehat seketika bagi menghadapi kemelut peribadi.

Justeru, kelibat mereka tidak akan kelihatan di mana-mana program dalam beberapa minggu ini.

    

Baca: Biodata Sugu Pavithra

Baca: Akhirnya Sugu Pavithra Dedah Income Saluran Youtubenya

Baca: Jangan Terkejut.. Inilah Pencapaian Akademik Youtuber Pavithra Yang Anda Tidak Tahu!

    

sugu pavithra 868

Kredit foto: Twitter Sugu Pavithra

   

"Mereka juga mungkin tidak akan muncul dalam sebarang program dalam tempoh beberapa minggu ini," ulas pengurus yang juga saudara Youtuber berkenaan, ketika berada di perkarangan mahkamah. Dia turut meminta agar namanya tidak disiarkan.

Suami Youtuber itu sedang disiasat pihak polis membabitkan penderaan dan pemilikan bahan kakisan selepas laporan polis dilakukan isterinya dan petugas Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh.

Terdahulu, suaminya yang pernah bekerja sebagai buruh estet di Sungai Siput, didapati membawa senjata bahaya dalam keadaan mabuk di Hospital Raja Perempuan Bainun, sebelum ditahan pihak polis, dua hari lalu.

Menyusul kejadian, tiga laporan polis dibuat terhadap lelaki itu di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh.

Beliau berdepan siasatan memiliki senjata berbahaya mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan Senjata Berjadual, selain mengikut Seksyen 326 dan 506 Kanun Keseksaan.

    

Sumber:

1. Youtuber Gelisah Tengok Suami Digari, Pengurus Mohon Bagi Ruang Selesaikan Masalah Peribadi

2. Bengang nama tak disebut ketika terima anugerah, YouTuber Pavithra dakwa dipukul suami

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)