Kredit foto: Youtube Sugu Pavithra

    

Siapa Sugu Pavithra? Kerana kefasihan komunikasi dalam bahasa melayu ketika berkongsi resipi dan tutorial masakan, Youtuber Pavithra yang menggunakan saluran atas nama Sugu Pavithra ini berjaya mendapat tempat dalam pasaran Melayu.

Kisahnya menjadi sensasi media berikutan kehidupan sederhana yang dipaparkan yang dikatakan ramai sebagai realistik dan tidak dibuat-buat.

Lagi pula, beliau bersama suaminya, Sugu berkongsi pelbagai resipi menarik dalam bahasa Melayu lalu membuktikan walaupun tinggal di kawasan pedalaman Sungai Siput, Perak, tidak menjadi halangan untuk bergelar salah satu daripada saluran Youtube masakan paling berpengaruh masa kini.

Jom kenali dengan lebih dekat biodata dan kisah di sebalik pengendali akaun 'Sugu Pavithra' yang sedang viral tatkala ini.

    

Biodata Dan Latar Belakang

  • Saluran Youtube 'Sugu Pavithra' merupakan hasil kolaborasi si isteri, S Pavithra, 28, bersama suaminya, M Sugu, 29.
  • Kediaman mereka terletak di kuarters ladang swasta, Ladang Elphil yang disediakan oleh majikan suami di Sungai Siput.
  • Pavithra yang merupakan seorang suri rumah sepenuh masa berasal dari Buntong, Ipoh dan berbangsa India.
  • Suaminya menyara kehidupan sebagai pekerja di ladang kelapa sawit.
  • Perkongsian hidup mereka sehingga kini dikurniakan dua orang anak.
  • Saluran Youtube yang menggunakan nama @Sugu Pavithra ini diikuti hampir 500,000 pelanggan.

    

Fakta Menarik

  • Resipi juadah pertama yang dikongsi adalah hidangan ikan talapia bakar.
  • Rakan baik Pavithra yang juga seorang youtuber merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkannya kepada peluang menjana pendapatan menerusi laman perkongsian video itu.
  • Masakan yang dihasilkannya hanya menggunakan periuk, kuali dan sudip biasa, serta barangan asas sedia ada di dapur tanpa bantuan peralatan canggih.
  • Rakaman video pula dibuat hanya dengan meletakkan telefon di atas cawan di tempat yang kukuh tanpa tripod (kaki tiga) yang lazimnya menjadi peralatan biasa para youtuber. Telefon bimbit yang digunakan sebagai kamera pula dibeli secara hutang.
  • Menyifatkan si suami sebagai seorang yang pemalu, lantas isterinya mengambil peranan memperkenalkan bahan-bahan dan cara-cara masakan. Proses suntingan video dilakukan secara bersama sesudah menjamu hidangan.
  • Para pelanggan Youtube mereka menunjukkan tanda sokongan dengan menghadiahkan pelbagai peralatan dapur seperti pressure cooker (periuk tekanan), hand mixer (pengadun tangan) dan ketuhar yang mana kesemua alat ini tidak pernah dimiliki Pavithra seumur hidup!
  • Mereka turut menerima sumbangan berbentuk bahan mentah dan rempah ratus untuk dijadikan bahan masakan yang seterusnya.
  • Idea menu turut diilhamkan daripada kaum keluarga, jiran tetangga, rakan serta para pelanggan saluran Youtube berkenaan.
  • Rakaman masakan dibuat ketika si suami pulang dari kerja atau pada hari cuti.
  • Tidak menggunakan bahasa Tamil, sebaliknya memilih bahasa Melayu sebagai medium komunikasi dalam video dengan harapan ianya mudah difahami oleh majoriti rakyat Malaysia.
  • Memilih masakan sebagai konten saluran Youtube kerana menyedari ia satu-satunya perkongsian minat mereka sebagai suami isteri.
  • Tindakan rakan yang mempromosikan saluran mereka seawal kewujudan pada Januari lalu dianggap sebagai antara faktor lonjakan populariti diraih.
  • Selepas sebulan diwujudkan, saluran mereka telah menghimpunkan 10,000 pelanggan sekaligus mendapat peluang untuk menjadi Rakan Youtube bagi menjana pendapatan secara bulanan berdasarkan dolar Amerika Syarikat (AS).
  • Manakala jumlah pengikut mereka meningkat daripada 160,000 kepada 441,000 selepas perkongsian video temu bual bersama Bernama ketika Hari Wesak pada 7 Mei lalu.
  • Turut menerima pemberian istimewa daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berupa tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik serta barangan memasak, selain sekeping kad ucapan dengan ayat berbunyi 'keep up the good work and stay at home' (teruskan usaha baik dan duduk di rumah) yang seterusnya diabadikan dalam sebuah bingkai gambar.
  • Hadiah tripod digunakan untuk sesi temu ramah panggilan video khususnya semasa 'live', namun penggunaan cawan masih diguna pakai ketika memasak di dapur.
  • Bukan sahaja dalam warga tempatan, malah video mereka juga ditonton warga Jepun dan United Kingdom (UK)!
  • Mengambil pendekatan dengan memperkenalkan resipi hidangan yang mudah dengan bahan yang senang didapati di dapur supaya boleh dicuba ramai, antaranya terung bulat tumis belacan, kuih ketayap dan kangkung tumis.
  • Antara momen-momen manis menyentuh perasaan dalam video saluran ini termasuk aksi mengutip sayur-sayuran di kebun, membeli bahan masakan di pasar selain keletah dua anak lelaki mereka yang sangat comel.
  • Beberapa selebriti turut memberi sokongan dengan mencuba resipi Pavithra sebelum dipaparkan di akaun media sosial masing-masing, antaranya atlet bina badan negara, Sazali Samad dan YourTuber Jepun ‘IChang RM’.
  • Lain-lain berkenaan Pavithra yang mendapat perhatian ramai termasuk rakaman video yang dihasilkan tanpa suntingan, cara percakapan lemah lembutnya dalam penggunaan bahasa Melayu, serta peralatan memasak dan dapur yang kelihatan kemas dan bersih.
  • Pavithra kini menjawab sekurang-kurangnya 20 panggilan telefon setiap hari membabitkan sesi temu ramah atau berkenaan urusan penghantaran bahan makanan dan perkakasan elektrik.

      

Baca: Akhirnya Sugu Pavithra Dedah Income Saluran Youtubenya

Baca: Jangan Terkejut.. Inilah Pencapaian Akademik Pavithra (Sugu Pavithra) Yang Anda Tidak Tahu!

    

Foto

sugu pavithra

sugu pavithra income

youtube sugu pavithra

resipi sugu pavithra

wikipedia sugu pavithra

siapa sugu pavithra

m sugu

bernama sugu pavithra

s pavithra

Kredit foto: Youtube Sugu Pavithra

    

Video

Kredit video: 'Sugu Pavithra' tambat hati rakyat Malaysia menerusi video masakan berbahasa Melayu

    

Sumber:

1. Sentuhan masakan Pavithra

2. Masakan ‘Sugu Pavithra’ tambat hati rakyat Malaysia di YouTube

3. Hanya Kongsi Video Masak, Daripada 100 Subcribers Kini Peroleh Lebih 100,000 Pengikut Di YouTube

4. Terima kasih Sugu dan Pavithra, kamu buka mata teman tentang erti kebahagiaan!

5. 'PM hadiahkan ketuhar, tripod kepada Sugu Pavithra'

6. Terima kasih PM - Sugu Pavithra

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)