Oleh pada 20 May 2020 kategori

Kredit foto: Youtube Sugu Pavithra

    

Rentetan segelintir pihak yang mendakwa konon pendapatan saluran Youtubenya mencecah ribuan ringgit, S. Pavithra tampil memberikan pencerahan.

Pemilik saluran YouTube Sugu Pavithra berusia 28 tahun itu berkata, bayaran pertama yang diraih sebagai rakan YouTube sebenarnya hanyalah berjumlah RM900 sahaja.

"Baru hari ini (semalam) saya pergi ambil gaji pertama saya. Saya lama tak pergi ambil sebab tak tahu prosedur untuk mendapatkan bayaran tersebut.

"Gaji YouTube pertama saya RM900 sahaja. Apa yang keluar di Youtube dan berita-berita lain kata saya dapat beribu-ribu tu semua tipulah," katanya kepada portal Astro Gempak.

Beliau membuat kenyataan tersebut selepas mengambil wang bayaran daripada YouTube membabitkan video masakannya di Pejabat Pos Besar Ipoh, Perak semalam.

Dalam pada itu, Pavithra akui tidak mustahil untuk dia meraih pendapatan yang lumayan sebagaimana yang dicanang segelintir pihak, namun perkara itu hanya berhasil sekiranya dirinya mampu memuat naik lebih banyak video.

    

Baca: Biodata Youtuber Resipi, Sugu Pavithra

Baca: Jangan Terkejut.. Inilah Pencapaian Akademik Pavithra (Sugu Pavithra) Yang Anda Tidak Tahu!

     

youtube sugu pavithra 602

Kredit foto: Youtube Sugu Pavithra

   

"Saya ini baru mula buat YouTube. Mungkin orang nampak saya ramai subscriber sehingga beratus-ratus ribu. Tapi untuk dapat bayaran beribu saya kena buat video beratus-ratus.

"Sekarang ini video saya pun baru berapa puluh sahaja. Mungkin selepas ini baru gaji akan lebihlah," dedahnya yang setakat ini hanya berpeluang menghasilkan empat ke lima video seminggu.

Terdahulu, saluran YouTube Sugu Pavithra yang diwujudkan pasangan suami isteri berketurunan India itu menjadi tular hingga turut mendapat sokongan daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    

Sumber berita: "Gaji YouTube Pertama Saya RM900 Sahaja, Siapa Yang Kata Saya Dah Terima Beribu-ribu Itu Tipulah" - Sugu Pavithra Mampu Buat 4 Video Seminggu

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)