Oleh pada 27 Jul 2020 kategori

Kredit foto: Twitter Sugu Pavithra

    

Pasangan youTuber sensasi 'Sugu Pavithra' bakal membuat 'comeback' di saluran Youtube mereka selewat-lewatnya petang ini!

Sebagai mengubat kerinduan peminat, M.Sugu, 29, berkata, video baharu akan dimuat naik hanya selepas melalui proses perbicangan dengan pihak-pihak tertentu.

Dalam masa sama, beliau akui telah menghapuskan kesemua 98 buah video di saluran terbabit selepas mengambil kira beberapa faktor peribadi.

"Saya sendiri yang padam semua video itu selepas apa yang terjadi (didakwa di mahkamah)," katanya sewaktu dihubungi Bernama.

Dalam pada itu, suami S. Pavithra, 28, itu mengakui hilang punca pendapatan lumayan daripada laman video berkenaan, namun tidak ambil kisah kerana masih mempunyai kudrat untuk terus bekerja.

   

BACA: Biodata Sugu Pavithra

BACA: Rumah Sewa Baru Sunyi, Akhirnya Kehilangan Sugu Pavithra Terjawab!

   

sugu pavithra 290

Kredit foto: Facebook Sugu Pavithra

   

"Tapi tidak mengapa, kerana saya ada tangan, kaki cukup boleh cari kerja. Sebelum (menjadi YouTuber) ini pun punca pendapatan dengan bekerja," kata bekas pekerja syarikat perladangan swasta di Sungai Siput itu.

Di kesempatan sama, beliau turut merakamkan ucapan penghargaan kepada 787,000 pengikut saluran Youtube mereka yang masih melanggan.

Terdahulu, pasangan Youtuber masakan yang mencipta fenomena ini didapati hilang dari 'radar' Youtube apabila kandungan video di saluran mereka dipadam.

Warganet membuat andaian masing-masing, tak kurang ada yang mengaitkan tindakan mereka dengan kontroversi yang berlaku baru-baru ini.

   

Sumber berita: Bernama

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)