kalau diberi makan dan minum dia muntah isteri dedah masalah kesihatan ezad lazim 1

Kredit foto: Instagram @ezadlazim & Instagram @zeanaramli

Penyanyi Ezad Lazim sekali lagi dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh rentetan penyakit Gastroesophageal Reflux Disease (Gerd) dihidapinya.

Isterinya, Zeana Ramli berkata, masalah kesihatan dialami suaminya itu membuatkannya muntah setiap kali menjamah makanan.

"Kalau diberi makan dan minum, dia muntah," katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun Zeana memaklumkan keadaan Ezad semakin stabil apabila dirawat di Hospital Putrajaya.

Zeana dalam masa sama risau melihat bacaan paras gula dalam darah Ezad yang masih di tahap tinggi.

kalau diberi makan dan minum dia muntah isteri dedah masalah kesihatan ezad lazim 2

Kredit foto: Instagram @ezadlazim

"Daripada apa diberitahu doktor, bacaan paras gulanya masih tinggi dan perlu dikawal," katanya.

Apatah lagi penyanyi itu dikatakan mudah mengalami serangan panik apabila muntah sejurus makan. 

"Satu masalah suami saya adalah, dia akan cepat panik bila keadaan ini berlaku dan itu menjadikan penyakitnya bertambah teruk," katanya.

Ralat dengan situasi itu, Zeana mengambil tindakan tegas untuk menjaga pemakanan diambil penyanyi Jesnita itu. 

"Dia jenis suka makan. Jadi, selepas ini, saya akan lebih tegas dalam memilih makanan yang sesuai untuknya.

“Selalunya, saya akan masak kerana saya tahu apa yang dia boleh dan tak boleh makan. Kalau makan di luar pun, saya akan pilih makanan yang sesuai," katanya.

Terdahulu, Ezad atau nama penuhnya, Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 37, menghidap penyakit kencing manis sebelum berkahwin, seterusnya dikesan menderita sakit usus atau Gerd sejak tahun 2016.

Hasil perkongsian hidup Ezad dan Azeana sehingga kini dikurniakan dua cahaya mata, Puteri Rania Keisha dan Putra Mohammad Darwish.

Ezad merupakan bekas vokalis kumpulan Exists yang pernah popular menerusi lagu-lagu malar segar seperti Percayakan Siti, Seperti Dulu dan Mengintai Dari Tirai Kamar.



Hakcipta iluminasi.com (2017)