Kredit foto: New Straits Times / Hasriyasyah Sabudin
Penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah baru-baru ini terpalit dengan spekulasi mengatakan yang dia telah berkahwin buat kali keempat.
Menerusi laporan portal Harian Metro, Datuk Jamal mengesahkan berita tersebut namun enggan mengulas panjang mengenai pernikahannya itu.
Ya, saya sudah bernikah. Betul, saya dah nikah. Cukup setakat itu. Tak perlu tanya lebih-lebih.
Malah, sumber berkenaan juga mengatakan Datuk Jamal bernikah sekitar dua bulan lepas dengan seorang gadis yang jauh lebih muda darinya iaitu berusia 23 tahun dan merupakan kelahiran Kulim, Kedah.
Namun, Datuk Jamal menafikan majlis yang diadakan di rumahnya baru-baru ini adalah majlis pernikahannya.
Sebaliknya, ia merupakan majlis tahlil untuk kedua ibu bapanya dan majlis doa selamat bersempena berpindah ke rumah baru serta bulan Ramadhan yang bakal kunjung tiba.
Untuk info, Datuk Jamal pertama kali berkahwin dengan Basariah Abdul Latiff pada tahun 1988 sebelum disahkan bercerai pada tahun 1996. Perkahwinan keduanya pula bersama Intan Noraina Mohd Yusof pada tahun 2001 dan mendapat seorang cahaya mata bernama Osama Yamani. Seterusnya, Jamal menikahi Fatimatuzahra dan dikurniakan seorang anak iaitu Ahmad Zaki Yamani sebelum turut bercerai pada tahun 2007.
Sumber: Harian Metro & beautifulnara.com