Ramai diantara kita yang pernah tersilap jalan atau tersesat ketika menggunakan jalan raya di Malaysia terutamanya yang berada di ibu kota atau bandar besar yang lainnya. Walaupun menggunakan aplikasi GPS sekalipun ianya bukanlah mudah bagi mereka yang kurang arif tentang jalan yang baru digunakan.
Tambahan pula pembangunan dan penambah baikkan jalan raya yang baru saban hari menyulitkan lagi pemandu yang kurang biasa.
Jika anda rasa di Kuala Lumpur terdapat jalan raya dan persimpangan yang rumit, anda pasti mengubah pandangan anda setelah mengetahui bahawa ianya tidaklah seteruk mana jika dibandingkan dengan beberapa jalan raya yang paling rumit di dunia. Berikut kami kongsikan bersama anda 7 jalan raya paling rumit di dunia.
BESARKAN TEKS A- A+
1. The Judge Harry Pregerson Interchange – Los Angeles
Persimpangan jalan raya ini dibuka pada tahun 1993 dan menghubungkan 2 jalur jalan bertol. Jalan tol yang pertama adalah Glenn M. Anderson Freeway yang menghubungkan El Segundo, LAX Airport (Bandaraya Los Angeles dengan Norwalk). Jalan tol kedua pula adalah Harbor Freeway yang menghubungkan San Pedro dengan Los Angeles.
Bukan itu sahaja persimpangan ini juga menjadi laluan pengangkutan awam seperti keretapi Metro Green Line, HOV, Metro Express Lane, dan juga syarikat bas Harbor Transitway. Banyak juga penggambaran filem Hollywood yang dilakukan di sini salah satunya filem La La Land.
2. Nanpu Bridge Interchange – Shanghai, China
Simpang siur jalan raya yang terletak di Shanghai, China ini juga dikenali dengan istilah “jambatan spiral” kerana bentuk dan binaannya. Bentuk spiral jalan raya ini juga menghubungkan ke jalan raya Jambatan Nanpu yang terletak di atas sungai Huangpu. Jalan raya ini juga menghubungkan beberapa kawasan di daerah Pudong dan Puxi.
Anda memerlukan kosentrasi jika menghampiri persimpangan ini. Ada di antara pengguna yang menggunakan jalan raya ini berkongsi pengalaman mereka merasa seperti menaiki roller coaster.
3. Expressway 9 and Interchange 6 – Tokyo, Japan
Persimpangan jalan raya ini terletak di Tokyo, Jepun. Sebagai negara metropolitan dengan jumlah kepadatan penduduk yang tinggi dan kenderaan yang banyak, maka tidak hairanlah jika salah satu persimpangan paling rumit ini terdapat di negara Matahari Terbit ini.
Persimpangan rumit ini merangkupi hubungan laluan antara banyak kawasan. Jika anda bukan penduduk setempat, anda dinasihatkan agar merancang sebelum memandu melalui persimpangan ini.
4. Jacksonville Interchange Spiral – Jacksonville, Florida
Persimpangan yang juga dikenali sebagai simpang lubuk pusar yang terletak di Florida ini siap dibina pada tahun 1998 dan menelan belanja sebanyak USD 80 juta. Jalan raya ini menghubungkan banyak kawasan di Florida.
Persimpangan ini mendapat perhatian negara kerana struktur binaannya yang cantik jika dilihat dari atas. Pengguna kepada jalan yang rumit ini tidak langsung menyedari keindahannya semasa menggunakan laluan ini.
5. Marquette Interchange – Milwaukee, Wisconsin, USA
Mula dibina asalnya pada tahun 1960-an, jalan raya dengan persimpangan yang rumit ini siap sepenuhnya pada tahun 2008. Persimpangan rumit ini merupakan titik temu 3 lebuh raya iaitu Interstate 43, Interstate 94, dan Interstate 794.
Pada asalnya ia dinamakan Central Interchange sebelum diubah dan ia juga dikenali kini dengan nama “persimpangan spaghetti” kerana persimpangan rumitnya seakan bahan makanan itu. Ia menelan belanja kurang dari USD 810 juta, lebih rendah dari anggaran kosnya iaitu USD 1 bilion.
6. High Five Interchange – Dallas, Texas
Mendapat nama daripada struktur binaannya yang pertama di dunia iaitu persimpangan yang mempunyai 5 tingkat jalan raya. Mula dibina pada tahun 2002 dan siap pada penghujung tahun 2005 dan menelan belanja sebanyak USD 261 juta.
Persimpangan ini menghubungkan 2 lebuh raya iaitu Lyndon B. Johnson Freeway dan Central Expressway. Bagi penduduk setempat persimpangan ini cukup memeningkan apatah lagi kita yang tidak biasa.
7. Red Cow Interchange – Dublin, Irland
Red Cow Interchange ini menjadi jalur persimpangan yang menghubungkan jalan lebuh raya M50 dan N7 Road iaitu Limeric dan Dublin. Persimpangan ini juga dikenali di Irland dengan “persimpangan spaghetti”. Jalan raya ini juga menjadi laluan kepada trem di Irland iaitu Luas Red Line. Keadaan cuaca yang sejuk dan seringkali turunnya salji membuatkan persimpangan ini lebih sukar dan rumit.
Itulah sedikit sebanyak perkongsian kami mengenai jalan raya yang paling rumit di dunia. Semoga ini menjadi peringatan kepada kita bahawa jalan raya di Malaysia tidaklah serumit mana jika dibandingkan dengan 7 jalan yang paling rumit itu tadi.