Kredit foto: Instagram Jaclyn Victor
Demi menjayakan persembahan pada majlis penutup Sukan SEA 2017 (KL2017), penyanyi Jaclyn Victor sanggup bersalin lebih awal melalui pembedahan iaitu pada 24 Ogos lalu.
Malah persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam Rabu lalu dilakukan dalam keadaan luka pembedahannya yang masih belum pulih sepenuhnya.
Kredit foto: Instagram Jaclyn Victor
Saya sepatutnya dijangka bersalin pada 29 Ogos lalu tetapi saya dan suami mengambil keputusan untuk awalkan kelahirannya kerana ingin mengotakan janji kepada Sukan SEA yang telah dipersetujui lebih awal. Pada awalnya risau juga perlu menyanyi dalam keadaan luka pembedahan masih belum sembuh sepenuhnya tetapi saya memang sudah bersedia dan doktor pun memberikan kebenaran cuma minta saya berhati-hati. Sebaik sahaja bersalin saya memang berehat secukupnya sebelum malam persembahan dan syukur semuanya berjalan dengan lancar. Saya sudah memberikan yang terbaik pada persembahan itu dan sebagai anak Malaysia saya memang cukup berbangga dapat sama-sama menyertai acara gilang-gemilang itu.
Sumber: Mstar
Sebelum ini, Jac memberikan pendedahan mengejutkan tentang kelahiran anak keduanya minggu lalu di Hospital Pantai Kuala Lumpur.
Sementara itu, Jac memberitahu, dia merahsiakan kehamilannya kerana enggan menerima layanan yang berbeza, selain tidak mahu mengganggu perjalanan kariernya sebagai penyanyi.
Saya memang seorang yang privasi sejak dari dahulu lagi malah ketika mengandungkan anak pertama pun saya tidak dedahkan sehinggalah kandungan saya mencecah usia enam bulan. Selalunya apabila orang tahu kita hamil layanan itu akan berbeza walaupun saya sebenarnya ok sahaja malah lincah seperti biasa. Ia sekaligus akan menggangu kerja saya tambahan pula sudah banyak undangan persembahan yang saya persetujui lebih awal dan ingin mengelakkan masalah.
Sumber: Mstar
Mengulas tentang keadaan yang dilalui sepanjang proses kehamilan, Jac berkata, dia terkejut dengan jantina bayi yang lahir kerana berbeza daripada ramalan awalnya.
Namun, dia bersyukur kerana sepanjang proses kehamilan anak yang diberi nama Molly Marguerite Rivera itu dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.
Kredit foto: Instagram Jaclyn Victor
Saya ada tiga orang abang dan saya satu-satunya perempuan dalam keluarga jadi saya memang menyangka akan dapat seorang lagi anak lelaki. Memang saya sangat gembira dapat tahu hamil anak perempuan dan paling penting dia lahir pada tarikh sama dengan abangnya.
Sumber: Mstar
Jac mendirikan rumah tangga dengan penyanyi R&B Amerika Syarikat, Shawn Rivera pada 19 Julai 2014 di The First Unitarian Church of Philadelphia.