didikan tegas awal dan scha untuk lara alana 1

Kredit foto: Instagram Awal Ashaari

Pengacara Awal Ashaari mengakui dia dan isteri, Scha Alyahya bersifat tegas dalam membesarkan anak tunggal mereka, Lara Alana.

Ini berikutan dia tidak mahu Lara menjadi manja dan mendapat kesemua perkara yang diingini.

didikan tegas awal dan scha untuk lara alana 2

Kredit foto: Instagram Awal Ashaari

Kami sebenarnya risau apabila orang di luar sana sering manjakan Lara. Jika di rumah, kami akan lebih tegas dan berhati-hati dalam mengikut kehendak Lara. Saya nak didik dia, jika satu hari nanti kami tak mampu nak berikan apa yang dia minta, dia takkan kecewa. Disebabkan perhatian yang diberikan orang ramai dan peminat, Lara kini sering menerima hadiah-hadiah yang kami sendiri tak mampu nak beli. Saya kira itu rezeki Lara Alana dan saya tak dapat nak halang. Dan dari situ, kami akan cuba didik Lara untuk jadi seperti kanak-kanak lain yang tidak hanya mendapat layanan istimewa sepanjang masa.

Sumber: Astro Gempak

Sementara itu, Scha mahu Lara menjalani kehidupan secara normal dan sebagai selebriti kanak-kanak, dia perlu mempunyai sifat rendah diri.

didikan tegas awal dan scha untuk lara alana 3

Kredit foto: Instagram Awal Ashaari

Bila dah dikenali ramai dan menjadi public figure, memang semua orang akan pandang dan nak bergambar dengan dia. Saya tidak akan menyekat perkara-perkara seperti itu kerana saya nak Lara jadi seperti budak biasa dan bukan sombong seperti diva. Jika dia nakal di sekolah, saya sendiri dah maklumkan kepada cikgu untuk tegur dan marah dia seperti pelajar lain.

Sumber: Astro Gempak

Awal dan Scha membuat kenyataan tersebut di Majlis Koleksi Aidilfitri 'Jakel Barulah Raya 2017' yang berlangsung di Jakel Mall pada Khamis lalu.

Tahun ini merupakan tahun kedua Awal sekeluarga dilantik sebagai duta untuk Koleksi Aidilfitri Jakel. 


tags : , , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)