Kredit foto: Instagram Melodi TV3

Akhirnya teka-teki siapakah pengacara baru rancangan hiburan Melodi yang bakal menggantikan Awal Ashaari dan AG terjawab apabila Janna Nick dan Ajak Shiro diumumkan memegang peranan terbabit.

Pendedahan itu dibuat oleh Pengurus Besar, Kumpulan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Zurina Othman petang semalam.

Zurina memberitahu, pihaknya yakin gandingan Janna dan Ajak sebagai hos baru Melodi dapat menarik lebih banyak tontonan untuk rancangan yang sudah ke udara selama 24 tahun itu.

inilah hos baru melodi 2018 gantikan awal dan ag 1

Kredit foto: Astro Gempak

“Kami yakin Janna Nick yang namanya makin melonjak naik mampu menarik lebih ramai penonton muda.

“Ajak pula mempunyai potensi dalam bidang pengacaraan dan kami tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini untuk bekerjasama dengan selebriti versatil ini,” katanya menurut portal Harian Metro.

Minggu lalu, Awal dan AG Kool FM atau Muhammad Azmir Selamat mengumumkan tidak lagi bersama Melodi untuk siaran 2018.

Lantas timbul persoalan di kalangan pengikut program berkenaan tentang siapakah yang bakal diberi peranan untuk menggantikan mereka.

Dalam pada itu, Zurina berkata, rancangan hiburan popular di saluran TV3 itu akan memperkenalkan tiga segmen baharu bertujuan memastikan program itu terus kekal hip dan segar. 

Malah, siaran Melodi musim ini dilanjutkan durasinya sehingga satu jam setengah dengan mewujudkan beberapa segmen baharu yang turut melibatkan perbincangan isu tular. 

“Kami berharap program infotainment popular ini akan menceriakan lagi hari Ahad penonton dengan membekalkan isu-isu sensasi meliputi artis dalam dan luar negara.

“Tiga segmen baharu yang bakal diperkenalkan ialah Cerita Sini, Habis Sini, Kecoh Netizen dan Melodi Prihatin,” katanya.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)