Oleh pada 21 May 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Neelofa 

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Neelofa tampil menerusi sebuah video bersempena dengan kempen raya bagi jenama tudungnya, Naelofar Hijab.

Video tersebut memaparkan filem pendek yang seakan diadaptasi daripada kisah sebenar percintaannya yang lalu.

Neelofa turut mengesahkan perkara tersebut, namun tidak mendedahkan siapakah lelaki yang dimaksudkan dalam video berkenaan. 

neelofa luah rasa cinta terhadap fattah amin menerusi video 2

Kredit foto: Instagram Neelofa 

Namun daripada beberapa momen yang cuba dikongsikan dalam video itu termasuk babak si hero dan heroin yang menjalani penggambaran bersama, si hero menujukan lagu khas buat kekasihnya dan imej yang dibawakan oleh si hero seakan memberi bayangan besar lelaki tersebut adalah aktor Fattah Amin.

Rata-rata peminat juga mempunyai tanggapan yang sama. Menerusi ruangan komen, ramai peminat tersentuh dan menganggap video berkenaan adalah luahan rasa cinta Neelofa kepada Fattah.

Bagaimanapun apabila persoalan tersebut diajukan kepada empunya badan, Neelofa menyatakan dia tidak kisah jika peminat mengaitkan video berkenaan dengan fenomena Lofattah sebelum ini.

Video berjudul 'NH Raya Campaign 2017- True Love' berdurasi lebih 12 minit itu dimuat naik oleh NH Prima International ke laman Youtube.

Anda saksikan sendiri. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)