Oleh pada 06 Apr 2018 kategori

Kredit foto: jabar.tribunnews.com

Juri MasterChef UK yang terpalit isu rendang ayam tak garing, akhirnya tampil membela diri.

Gregg Wallace menerusi rancangan Good Morning Britain menegaskan apa yang dimaksudkannya apabila menyebut ayam tidak garing adalah ayam tersebut tidak masak.

Wallace mengatakan dia tidak bermaksud mengatakan ayam peserta dari Malaysia, Zaleha Kadir Olpin itu perlu digoreng.

"Saya tidak bermaksud ia seharusnya digoreng, seperti ayam goreng. Apa yang saya maksudkan adalah ia tidak masak. Ia hanya tidak masak. Ia putih dan lembik," jelasnya dalam rancangan itu.

Namun, Wallace ditempelak hos rancangan berkenaan yang menyoal, "tetapi anda sebut 'crispy'?"

Wallace bagaimanapun tidak mengulas pertanyaan itu sebaliknya hanya memaklumkan Zaleha tidak cukup bagus untuk menyertai peserta lain ke persaingan seterusnya.

penjelasan juri masterchef uk isu rendang crispy 2

Kredit foto: blogmazeer.com

"Percayalah tukang masak yang terbaik selalu melepasi ke peringkat seterusnya. Dia (Zaleha) disingkirkan bukan kerana kulit rendang ayamnya tidak rangup. Dia disingkir kerana peserta lain lebih baik," beritahu Wallace.

Terdahulu, Wallace dan seorang lagi juri, John Torode dihentam teruk kerana menggelarkan ayam rendang hidangan Zaleha tidak garing sebelum menyingkirkan wanita itu.

Kemudian, Torode pula menghapuskan kirimannya di Twitter berkaitan masakan rendang susulan kritikan hebat yang diterima.

Kiriman sinis beliau yang mengatakan rendang berasal dari Indonesia sambil mengucapkan “namaste” itu telah menyetuh sensitiviti rakyat tempatan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)