Oleh pada 30 May 2020 kategori

shah radhi hazvee 529

Kredit foto: Instagram Syarifah Zuriehan & Instagram Shah Radhi Hazvee

    

Bekas isteri Chef Fikree, Syarifah Zuriehan Ben Yahya meluahkan pandangannya berhubung isu seorang pelakon lelaki yang dikatakan 'bawa lari' isteri orang.

Zuriehan berkata, pasangan suami isteri seharusnya tidak mementingkan diri apabila melibatkan isu dalam rumah tangga.

"Kalau bertepuk sebelah tangan tak menjadi tango-lah.

"Saya dah jumpa banyak isteri dan suami yang ada masalah sedikit satu sama lain terus nak cari lain.

"Terus nak canang pasal pasangan sana sini, jumpa semua orang. Sampai kisah keluarga pasangan kena gosip.

"Punyalah nak tegakkan diri nak curang, masalahnya anak dah lima, dah tiga, kalau anak seorang pun masih ada anak bersama," katanya.

Sementara itu, Zuriehan memohon agar pasangan yang bermasalah dapat segera mencari penyelesaian terbaik, dengan turut sama mengambil kira masa depan anak-anak dan ibu bapa mereka, termasuk menjaga hubungan dengan Tuhan.

    

Baca: Biodata Pelakon Shah Radhi Hazvee

Baca: Dakwaan 'Larikan' Isteri Orang, Pengurus Shah Radhi Hazvee Bersuara

Baca: Isu Pelakon Larikan Isteri Orang, Ini Lagi Kenyataan Leana Sharif Pengurus Shah Radhi Hazvee

    

muhammad shah radhi

Kredit foto: Instagram Syarifah Zuriehan

   

"Boleh tak fokus bab anak? Boleh tak jaga ibu bapa, fokus hubungan dengan Tuhan.

"Gerenti tak ada masa nak bergaduh apatah lagi makan luar.

"Jadi, berhenti pentingkan diri dan jaga perkahwinan masing-masing. Jangan nak cari salah je.

"Menyampah tengok tajuk bini orang nak lari dengan artis," katanya.

Terdahulu, seorang pelakon lelaki dikatakan telah melarikan seorang wanita berstatus isteri orang.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke mahkamah.

       

Sumber berita: "Jaga Hubungan Dengan Tuhan, Gerenti Tak Makan Luar" - Bekas Isteri Cef Fikree Ulas Isu 'Pelakon Bawa Lari Isteri Orang'

   



Hakcipta iluminasi.com (2017)