Oleh pada 28 May 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Shah Radhi Hazvee

   

Sekali lagi pengurus kepada pelakon baharu, Muhammad Shah Radhi Hazvee iaitu Leana Sharif mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan aktor itu 'melarikan' seorang wanita berstatus isteri orang.

Kali ini Leana menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar dan bercanggah sama sekali.

Namun beliau masih dengan pendirian untuk tidak memberi sebarang ulasan lanjut kerana menghormati kes yang masih dalam siasatan polis.

"Untuk kes Shah Hazvee ni ya... Memang dia direman malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya. Sekarang, kes ini dalam siasatan polis.

"Jadi saya tak boleh keluarkan sebarang kenyataan sebab ia akan mengganggu kerja pihak polis.

"Apa yang boleh saya beritahu ialah Shah Hazvee larikan isteri orang itu adalah tidak benar dan bercanggah," ulasnya dalam kiriman WhatsApp kepada portal Astro Gempak malam tadi.

Dalam pada itu, Leana berkata, pelakon Monalisa dan Kan Ku Kejar Cinta Kamu itu dijangka akan dibebaskan pada hari ini.

   

Baca: Biodata Pelakon Shah Radhi Hazvee

Baca: Dakwaan Larikan Isteri Orang, Pengurus Shah Radhi Hazvee Bersuara

Baca: Isu Pelakon Bawa Lari Isteri Orang, Bekas Isteri Chef Fikree Buka Mulut

   

leana sharif 57

Kredit foto: Instagram Shah Radhi Hazvee

   

"Sepatutnya dia direman empat hari. Insya-Allah hari ini dia akan dibebaskan," katanya.

Leana menjawab isu yang tular semalam membabitkan seorang pelakon lelaki berusia 23 tahun yang ditahan pihak polis kerana didakwa mempunyai hubungan dan melarikan isteri orang yang juga bekas pengurusnya.

   

Sumber berita: "Shah Hazvee Larikan Isteri Orang Itu Adalah Tidak Benar & Bercanggah" - Pengurus

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)