Oleh pada 19 Jan 2018 kategori

akhirnya fathia buka mulut isu minta iqram dinzly bunuh diri

Kredit foto: Instagram Fathia Latiff & Instagram Iqram Dinzly

Dikecam kerana meminta Iqram Dinzly membunuh diri, aktres Fathia Latiff tampil dengan permohonan maaf atas keterlanjuran katanya yang dianggap menyentuh sensitiviti masyarakat.

Fathia, 30, menegaskan dia sekalipun tidak punya niat buruk terhadap Iqram, malah kedua-dua mereka berada dalam keadaan baik dan waras.

Apa yang berlaku dikatakannya sebagai isu salah faham yang tidak disengajakan.

"Salam kepada semua. Saya ingin meminta maaf diatas pertuturan saya dengan Iqram Dinzly tempoh hari.

"Ini hanyalah salah faham memandangkan saya dan dia dalam keadaan baik dan saya tiada niat buruk sama sekali kepada beliau.

"Sekali lagi saya meminta maaf diatas sensitiviti isu ini," luahnya di Instagram pada malam Khamis.

Terdahulu, Fathia menyerang Iqram sewaktu aktor itu beraksi dalam Instagram Live.

Fathia tampil dengan empat komen kontroversi berbunyi "pergi bunuh diri”, “bunuh diri Iqram”, “tak ada babak bunuh diri ke?” dan “alang-alang”.

Netizen memperkatakan Fathia seperti tidak sensitif dengan tekanan yang dialami Iqram selepas pemergian bapanya.

Fathia mahupun Iqram merupakan dua selebriti sensasi dengan rekod kontroversi tersendiri dalam dunia hiburan.

Sumber berita: Mstar

tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)