Oleh pada 09 Mar 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Ernie Zakri 

Anak saudara kepada Ziana Zain iaitu penyanyi Ernie Zakri akui berasa sedih menerima perkhabaran isu keluarga penyanyi itu.

Begitupun dia enggan memberi sebarang ulasan kerana tidak mengetahui dengan lebih mendalam apa sebenarnya yang terjadi.

“Sejujurnya, saya tidak berapa tahu mengenai hal Mak Long (Ziana Zain) sekeluarga. Tetapi sebagai keluarga saya mengharap dan mendoakan yang terbaik semoga ada penyelesaian terbaik untuk Mak Long. Insya-Allah.

“Ini saja yang boleh komen sebab saya tak boleh cakap lebih kerana memang tidak tahu menahu. Apa pun kami semua turut bersedih dan mendoakan yang baik-baik saja untuk Mak Long,” katanya memetik laporan portal Harian Metro.

Akui penyanyi berusia 26 tahun ini, berita itu telah memberi kejutan kepada dirinya.

Namun apa yang mampu diutarakan hanyalah doa yang baik-baik demi kesejahteraan Ziana sekeluarga.

Jujurnya, kata Ernie, ibunya juga ada menghubungi penyanyi bersuara lantang itu untuk mengetahui perihal sebenar kejadian yang berlaku.

“Terkejut memang terkejut. Siapa yang suka mendengar berita seperti ini lebih-lebih lagi daripada keluarga sendiri.

“Mak saya ada menghubungi Mak Long dan bertanyakan khabar. Macam saya katakan, kami mendoakan yang baik-baik. Hal orang tua saya tidak mahu masuk campur,” katanya.

Portal Harian Metro yang cuba mendapatkan kenyataan Ziana bagaimanapun dimaklumkan isu itu terlalu peribadi untuk dikongsikannya. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)