Oleh pada 28 May 2020 kategori

shah radhi hazvee

Kredit foto: Instagram Shah Radhi Hazvee

    

Rentetan isu wanita berstatus 'isteri orang' yang dikatakan dilarikan seorang pelakon, pengurus aktor Muhammad Shah Radhi Hazvee iaitu Leana Sharif mengakui pelakon drama Monalisa itu adalah individu yang dimaksudkan, bersama bekas pengurusnya.

Leana bagaimanapun memberitahu pihaknya hanya akan menceritakan kisah sebenar selepas pelakon berkenaan dibebaskan pihak polis.

   

Baca: Biodata Pelakon Shah Radhi Hazvee

Baca: Isu Pelakon Larikan Isteri Orang, Ini Lagi Kenyataan Leana Sharif Pengurus Shah Radhi Hazvee

Baca: Isu Pelakon Bawa Lari Isteri Orang, Bekas Isteri Chef Fikree Buka Mulut

   

leana sharif

Kredit foto: Instagram Shah Radhi Hazvee

   

“Shah direman malam tadi di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Ampang Jaya. Sekarang ni dia masih lagi dalam siasatan.

“Saya tak boleh nak bagi apa-apa kenyataan kerana tak mahu mengganggu siasatan polis.

“Dia akan direman selama empat hari. Selepas tempoh tahanan reman selesai, baru kami boleh keluarkan kenyataan.

“Cuma, saya mengesahkan yang Shah memang ditahan,” katanya memetik laporan Mstar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff mengesahkan penahanan seorang pemuda berusia 24 tahun di Taman Sering Ukay, Ampang, Selangor pada Selasa lalu yang mana suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut bermula Rabu sehingga Sabtu ini.

Jika sabit kesalahan, beliau akan didakwa di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu Kelakuan Aib.

Berdasarkan fakta kes, isteri seorang peniaga telah didapati keluar rumah tanpa izin suaminya, bersama seorang lelaki yang dikenali, pada jam 8 malam, Isnin lalu.

Suaminya yang berumur 38 tahun itu mendapat tahu isterinya dan aktor berkenaan telah berhubung dan suspek cuba memperdaya serta memikat isterinya untuk mendapatkan sesuatu.

Sementara itu, Noor Azmi berharap agar netizen mendapatkan maklumat dari sumber yang sahih sebelum menyebarkan kepada orang ramai.

   

Sumber berita: “Selepas dia selesai reman, baru kami boleh bagi kenyataan” - Pelakon drama Monalisa akan kongsi kisah sebenar

   



Hakcipta iluminasi.com (2017)