Oleh pada 26 Jan 2018 kategori

yusuf azmi buka mulut isu sajat

Kredit foto: suara.tv

Pengasas Semboyan Satu Malaysia, Muhammad Yusuf Azmi berharap netizen lebih berhemah dalam memperkatakan isu jantina usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Ini kerana Islam mempunyai kaedah tersendiri dalam menangani isu tersebut.

"Saya sebenarnya bukan ahli nak bercakap soal ini, tapi saya cuma nak beritahu ada cara nak nasihat golongan ini.

"Kita kena tarbiyah mereka, ajak kepada Islam jangan jauhkan mereka daripada Islam," katanya dalam program Live bersama Sinar seperti dilaporkan portal Sinar Online, semalam.

Terdahulu, Sajat mengadakan pertemuan bersama pihak Jakim selepas menerima jemputan dalam sebuah kenyataan terbuka di media sosial.

Susulan itu, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof mengesahkan bakal mengambil tempoh paling minima sebulan untuk mengenalpasti identiti jantina sebenar Sajat.

Sajat dalam kenyataan balasnya bersedia menurut arahan yang dikeluarkan Jakim.

Sementara itu, Muhammad Yusuf berkata, Sajat perlu mendekatkan diri dengan agama untuk melawan krisis identiti yang dihadapinya.

"Saya nak beritahu kepada Sajat cuba lawan naluri yang ada dalam itu, dekat dengan ALLAH, lawan, sebab tiada perkara dalam hidup ini ALLAH turunkan adalah untuk rosakan kita.

"Perlakuan dia yang lain bukan baik...tetapi soal naluri terlalu kuat jadi sukar untuk dia jadi kena lawan, oleh itu masyarakat perlu beri ruang dan peluang untuknya berubah dan kembali ke pangkal jalan," katanya lagi.

Sumber berita: Sinar Harian

tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)