Oleh pada 03 Feb 2018 kategori

Kredit foto: orangmuda.tv

Pengarah terkemuka, Datuk Yusof Haslam akui tidak berdendam dengan Datuk Farid Kamil walaupun aktor itu pernah mempersoalkan kemenangan anaknya, Syamsul Yuosf dalam penganjuran Festival Filem Malaysia sebelum ini.

Yusof bagaimanapun menganggap ia isu lama dan beliau tidak menyimpan apa-apa perasaan atas perlakuan Farid.

isu dengan farid kamil ini kenyataan yusof haslam 2

Kredit foto: Instagram Farid Kamil

"Terus terang saya cakap, saya tiada perasaan marah terhadap Farid. Bagi saya, dia budak muda dan jiwanya sedang memberontak. Ia adalah perkara biasa.

"Malah kalau ada bahagian yang sesuai, sekiranya Syamsul nak ambil dia berlakon, saya tiada masalah," katanya menurut portal Harian Metro.

Terdahulu, Farid menganggap kemenangan Syamsul membolot beberapa trofi pada malam anugerah tersebut adalah kerana pengaruh Yusof sebagai Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM).

Dalam pada itu, Yusof berkata, Syamsul terbuka untuk mengambil Farid membintangi filem arahannya sekiranya ada watak sesuai.

"Saya tiada masalah dengan Farid. Usianya dengan Syamsul pun berbeza beberapa tahun saja. Bagi saya biar industri ini sama-sama dimajukan oleh budak muda.

"Mereka pun pernah bekerjasama dalam filem KL Drift. Syamsul pun pernah menjelaskan dia okay saja apabila berjumpa Farid," katanya.

Suatu ketika dahulu, Syamsul pernah berhubungan cinta dengan Datin Diana Danielle, sebelum ikatan itu putus dan Diana mengambil keputusan mendirikan rumah tangga bersama Farid.

"Dia akur Tuhan sudah tentukan jodohnya tiada dengan Diana. Bagi saya, itu pilihan masing-masing dan Alhamdulillah Syamsul pun sudah ada isteri dan anak.

"Setiap kejadian itu ada hikmahnya dan saya pun mendoakan rumahtangga Farid dengan isteri dan anak-anaknya bahagia hingga ke akhir hayat," katanya.

Malah Yusof menyatakan, sebagai bapa dia telah menasihati Syamsul agar tidak menyimpan dendam terhadap apa yang telah berlaku.

"Pesan saya buat budak-budak muda, hilangkan perasaan kritik mengkritik satu sama lain. Walaupun tidak setuju, jangan hentam kerana apinya akan memakan diri semula.

"Saya selalu menasihatkan Syamsul agar jangan balas setiap kritikan yang dilemparkan kepadanya. Kalau boleh biarlah selesaikan cara baik. Dan perlu ada sikap bermaaf-maafan," katanya yang kini sudah meletakkan jawatan sebagai Presiden PFM.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)