Oleh pada 16 Jul 2017 kategori

isu fattah jadi hero remake coffee prince rupanya ini kisah sebenar daripada mulut michael ang 1

Kredit foto: suria.my 

Meskipun belum lagi memulakan penggambaran, drama bersiri terbaru, Remake Coffee Prince sudahpun mencetuskan kontroversi di kalangan peminat drama melayu.

Khabarnya, netizen mempersoalkan tindakan sutradara Michael Ang kerana mengambil aktor Fattah Amin sekali lagi untuk membintangi drama arahannya.

Rata-rata peminat dikatakan sudah muak dengan kekerapan wajah aktor itu di kaca televisyen.

Namun, Michael Ang dalam kiriman terbaru Instagramnya menafikan dakwaan yang tersebar.

Michael meminta para pengikutnya bertenang kerana pemilihan pelakon belum lagi dibuat secara rasmi.

isu fattah jadi hero remake coffee prince rupanya ini kisah sebenar daripada mulut michael ang 2

Kredit foto: Instagram Michael Ang

Sayapun tak tahu, kamu semua pula dah tahu (siapa pelakon drama Remake Coffee Prince)! Apa Hal? Sabar ya nanti Astro umumkan. Tapi hari ni saya umumkan tajuk drama tersebut bukanlah KAFE PUTRA (seperti yang digembar-gemburkan)

Dalam masa yang sama, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad turut tidak ketinggalan memberikan kenyataan berhubung kontroversi tersebut.

Menurut Raqim, pelbagai kriteria diambil kira sebelum memberikan tanggungjawab watak kepada mana-mana pelakon. Malah, para pelakon juga perlu memberikan persetujuan terlebih dahulu kepada tawaran yang diberikan berdasarkan kelapangan jadual kerjaya mereka.

isu fattah jadi hero remake coffee prince rupanya ini kisah sebenar daripada mulut michael ang 3

Kredit foto: pinterest.com

Buat masa ini, kami masih lagi berbincang tentang pemilihan watak dalam drama tersebut. Dengan semua drama bersiri, kami cuba sebaik yang mungkin untuk memberikan watak kepada aktor yang paling layak tetapi ia juga bergantung pada kekosongan masa aktor tersebut dan jika mereka bersetuju dengan peranan mereka dalam memegang sesebuah watak itu.

Sumber: eh.com.my 


tags : , , , , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)