Oleh pada 19 Jul 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Janna Nick

Ramai yang sedia maklum akan penglibatan pelakon Fattah Amin dan Janna Nick sebagai pasangan dalam drama terbaru Coffee Prince versi Malaysia.

Belumpun lagi memulakan penggambaran, dengar khabar ada peminat yang mula berasa bimbang.

Mereka risau jika akan ada lagi cinta lokasi dalam drama terbaru ini.

Mana taknya, jika dilihat dalam mana-mana drama yang dibintangi Fattah, ada saja cinta lokasi yang timbul, daripada gandingan bersama aktres Sherry Ibrahim, Neelofa sehinggalah ke Fazura.

Dalam sebuah wawancara terbaru, aktres Janna Nick menyatakan dia berani memberi jaminan tidak akan terjadi insiden sedemikian di set penggambaran Coffee Prince.

cinta lokasi dengan fattah amin ini kenyataan janna nick 2

Kredit foto: Twitter Rotikaya

Bila timbul isu Fattah akan jadi hero drama tersebut, tidak dinafikan saya turut dikaitkan dengan dia sehingga ramai yang bimbang terjebak dengan cinta lokasi selepas wujudnya fenomena Lofattah dan Fattzura. Saya jamin cinta lokasi itu tidak akan terjadi melainkan yang bercinta itu cuma watak dalam drama berkenaan sahaja. Bukan hendak cakap besar, kalau benar perkara sebegitu hendak terjadi, sudah lama saya terjebak dengan cinta lokasi. Lebih baik mengelak, tidak kisah siapa hero yang akan bersama saya dalam drama itu, selagi tidak mendatangkan negativiti, tidak menjatuhkan maruah dan merosakkan periuk nasi, saya tidak ada masalah untuk menjalankan komitmen dalam lakonan.

Sumber: Utusan Mingguan 

Terdahulu, Fattah menimbulkan kontroversi apabila pemilihannya sebagai watak utama dalam drama Coffee Prince versi Malaysia menjadi pertikaian sesetengah pihak. Malah sebuah petisyen turut diwujudkan bagi membangkang penglibatan aktor itu dalam drama berkenaan. 

cinta lokasi dengan fattah amin ini kenyataan janna nick 3

Kredit foto: Twitter Dhann 




Hakcipta iluminasi.com (2017)