Oleh pada 22 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Nur Sajat

Pelayar media sosial dikejutkan dengan kehadiran sebuah video pendek yang memaparkan penggambaran sebuah drama lakonan pengasas kosmetik sensasi, Nur Sajat.

Apa yang menarik perhatian adalah pelakon lelaki yang digandingkan bersamanya dalam sebuah adegan iaitu aktor popular, Fattah Amin.

Bagaimanapun, Sajat dalam sebuah kenyataannya menjelaskan dia hanya muncul sebagai penampilan istimewa dalam drama terbaru arahan Michael Ang, Coffee Prince.

Manakala adegan dalam video yang menjadi tular adalah kemunculan singkatnya sebagai watak kecil berlakon di sisi Fattah.

fattah skandal dengan sajat 2

Kredit foto: Instagram Nur Sajat

Saya memegang watak kecil sebagai seorang wanita yang bekerjaya. Adegan ini menunjukkan sesi perkenalan antara saya dan Fattah. Mesti ramai tertanya-tanya kami berkenalan sebagai apa kan. Mungkin ‘skandal’ mungkin kenalan. Kalau nak tahu sama ada saya akan jadi ‘skandal’ bagi watak yang dilakonkan Fattah, kenalah tonton drama ni nanti.
Sumber: Mstar

Dalam pada itu, ini bukanlah kemunculan pertama Sajat dalam dunia lakonan, sebaliknya dia pernah beraksi sebagai pelakon tambahan dalam sebuah filem terbitan tahun 2014, Ophilia.

Pengalaman itu turut disokong dengan kegiatan dalam pementasan teater hingga membuatkan aktres itu selesa berada di hadapan kamera.

Malah dia turut mendapat kerjasama yang baik daripada Fattah yang disifatkannya sebagai seorang aktor yang profesional.

fattah skandal dengan sajat 3

Kredit foto: Instagram Nur Sajat

Fattah seorang yang sangat positif dan terbuka. Lagipun kami dah buat latihan dahulu sebelum sesi penggambaran. Michael pun ada beri tips dan penerangan dari segi jalan cerita dan situasi lakonan. Jadi, lebih memudahkan Sajat untuk memegang watak tu. Lagipun Sajat memang wanita berkerjaya seperti sekarang. Jadi, tak ada masalah.
Sumber: Mstar

Tambah Sajat, watak yang dipegangnya mungkin nampak kecil tetapi mampu memberikan impak yang besar kepada keseluruhan jalan cerita.

Dengan itu, dia berharap kemunculan drama tersebut akan mendapat perhatian ramai kerana gabungan nama pelakon dan pengarah yang bukan calang-calang.

Saya terima tawaran berlakon daripada Michael ni pun disebabkan watak kecil tetapi memberi impak yang besar dalam drama ini. Saya juga berharap drama ini nanti mendapat rating yang bagus sebab ia melibatkan pelakon-pelakon yang popular seperti Fattah termasuk Janna selain pengarahnya yang hebat dan versatil.
Sumber: Mstar

Selain Fattah, naskhah adaptasi drama Korea itu turut menampilkan aktres jelita Janna Nick sebagai teraju utama.




Hakcipta iluminasi.com (2017)