Oleh pada 10 May 2017 kategori

fazura nafi fattah amin pelakon kayu 1

Kredit foto: Youtube alviroRR

Meskipun telah membintangi beberapa siri drama, aktor Fattah Amin sehingga kini masih dilabelkan dengan gelaran 'pelakon kayu' dan gaya lakonannya sering mendapat kritikan sesetengah pihak. 

Mengulas dakwaan tersebut, pelakon Fazura tampil menafikan Fattah sebagai aktor tidak berbakat. 

Menurut Fazura, pelakon itu banyak menunjukkan peningkatan terutamanya dalam drama rantaian 'Hero Seorang Cinderella' (HSC) yang dibintangi bersamanya.

fazura nafi fattah amin pelakon kayu 2

Kredit foto: Beautifulnara

Secara jujurnya, ketika hari pertama di set penggambaran kami sama-sama nervous. Memang nampak Fattah gementar, mungkin teringat dengan kritikan yang diterima sebelum ini membuatkan dia terkesan sedikit. Sekarang saya berani mengatakan, Fattah Amin bukan pelakon kayu! Dia berbakat besar cuma mungkin dia takut untuk explore pada mulanya. Bukan mudah untuk mencipta chemistry. Kami banyak luang masa bersama di set, malah hari pertama dia datang berjumpa saya dan meminta untuk lakukan rehearsal.

Sumber: Cosmopolitan 

Demi mendapatkan keserasian, Fazura dan Fattah juga terpaksa melakukan sesi 'dating' di lokasi penggambaran.

fazura nafi fattah amin pelakon kayu 3

Kredit foto: Instagram Fattah Amin

Dalam kenyataan lain, Fazura menafikan Fattah menggunakan namanya untuk meraih publisiti. Menurut Fazura, Fattah mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri dan tidak perlu menumpang popularitinya.

Saya rasa dia seorang pelakon yang tidak mengejar populariti. Saya sendiri pun tak rasa diri saya popular, jadi tak adil untuk orang kata dia menumpang populariti saya. Fattah mempunyai penyokong yang kuat dan peminat dia sangat sayangkannnya. ABPBH kali ini juga saya ramal dia akan menang beberapa anugerah.

Sumber: Cosmopolitan 


tags : , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)