Oleh pada 24 Sep 2017 kategori

isu babak cium michael ang buka mulut

Kredit foto: Instagram Michael Ang

Sutradara Michael Ang terkejut dengan penyebaran video rakaman babak cium antara pelakon Fattah Amin dan Janna Nick dalam drama arahannya, Coffee Prince.

Menurut Michael, dia tidak tahu aktres Fara Mendoza yang turut berada di lokasi penggambaran merakamkan adegan tersebut.

Babak tersebut dirakam oleh Fara dan bukannya kru produksi yang sebarkan. Fara tidak berlakon dalam drama ini, dia hanya datang melawat Janna di set penggambaran. Kalau saya tahu dia nak rakam, pasti saya dah halang.
Sumber: Mstar

Sementara itu, Michael menegaskan Fattah dan Janna tidak melakukan aksi cium sebagaimana yang didakwa, malah mereka tidak bersentuhan kulit sekalipun.

Sebaliknya kedudukan kamera dalam rakaman video yang tersebar yang telah menimbulkan salah faham di kalangan netizen.

Sebenarnya tak ada babak bercium pun, malah mereka tidak bersentuhan langsung. Kedudukan wajah Fattah di kanan dan Janna di kiri seolah menampakkan mereka sedang bercium. Saya masih waras dan tidak mungkin mewujudkan aksi yang boleh mengundang kontroversi dalam drama arahan saya.
Sumber: Mstar

Susulan itu, Michael akan lebih bersikap tegas dalam memastikan pelakon termasuk kru produksi tidak menayangkan sebarang bentuk rakaman di lokasi penggambaran kepada umum melalui media sosial.

Ini demi mengelakkan sebarang isu yang tidak diingini, termasuk memelihara babak kejutan dalam drama daripada 'bocor' sebelum tayangan di televisyen.

Selepas ini, tak kira pelakon atau kru, saya tak benarkan mereka merakam adegan sepanjang penggambaran. Tak mahu lagi orang salah faham dan hilang kejutan kerana penonton sudah tahu aksi dalam drama tersebut.
Sumber: Mstar

Coffee Prince turut dibintangi Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Sharifah Sakinah dan Sharifah Shahira. Dijadualkan bersiaran di saluran Astro Ria pada November ini. 


tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)