Oleh pada 25 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Juo Azri

Sehingga kini netizen masih tidak berhenti bercakap tentang adegan cium antara pelakon Janna Nick dan Fattah Amin dalam drama Coffee Prince.

Susulan itu, jurukamera yang dikenali sebagai Juo Azri tampil memberikan penjelasan di laman Instagramnya tentang jarak sebenar antara Janna dan Fattah ketika menjayakan babak berkenaan.

babak cium fattah amin dan janna nick rupanya bersebab 2

Kredit foto: Instagram Juo Azri

"Gambar yang menjadi kontroversi... ini pandangan daripada skrin kamera saya. Babak ini dibuat atas alasan untuk membuatkan Emma Maembong cemburu dan secara automatik menolak tawaran nenek Raykal (lakonan Fattah)," dedahnya.

Juo mengulas tentang foto kontroversi aksi cium Janna dan Fattah yang dimuat naik oleh aktres Fara Mandoza di laman sosial hingga mencetuskan kemarahan ramai.

Sementara itu, jurukamera itu menegaskan babak tersebut telahpun dirakamkan dalam pelbagai versi sebelum dihantar kepada pihak Astro untuk penilaian.

Justeru adegan yang dirakam dan disebarkan itu belum tentu akan ke udara di kaca televisyen.

"Kita ada dua versi, nanti Astro akan tentukan mana yang mereka akan pakai, kita tahu batas budaya kita, cuma tak faham kenapa ada orang sebarkan benda yang belum tentu kita siarkan. Kami di sini hanya buat apa yang perlu, sebenarnya foto ini tidak boleh dikeluarkan kerana masih lagi rancangan yang belum tentu ditayangkan," katanya memetik laporan portal Mstar Online.

Dalam pada itu, Juo berani memberi jaminan tiada sebarang aksi cium yang akan ditayangkan dalam drama tersebut.

Malah fokus sebenar babak itu adalah dialog kelakar yang diutarakan oleh para pelakonnya.

"Saya tak tipu sebenarnya scene sangat kelakar sebab kita bukan highlights cium, tapi dialog antara Raykal dan Dani yang sangat mencuit hati. Dah siap nanti korang tengok hasil sebenarnya, korang tak akan fokus pun cium tu tapi dialog yang kelakar tu yang jadi perhatian. InshAllah, tiada yang buruk yang kami buat untuk korang," tegasnya lagi.

Drama Coffee Prince dijadualkan bersiaran di saluran Astro Ria pada November ini. Di bawah arahan Michael Ang, antara pelakon lain yang terlibat ialah Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Sharifah Sakinah dan Sharifah Shahira.

Sumber berita: Mstar



Hakcipta iluminasi.com (2017)