Oleh pada 11 Apr 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Datin Shahida & Instagram Bonda Rozita Ibrahim

    

Isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid mendakwa tidak tahu menahu berhubung tindakan ibu mentuanya, Rozita Ibrahim ‘unfollow’ akaun Instagramnya.

Shahida bagaimanapun berkata, ia adalah hak wanita berkenaan, justeru dia tidak mengambil endah tentang apa yang dilakukannya.

“Saya tak perasan. Kalau tak bagi tahu, saya memang tak tahu. Bagi saya, itu hak dan pilihannya.

“Sejujurnya, saya juga tak tahu Alif ‘unfollow’ saya tempoh hari. Saya hanya tahu daripada komen netizen.

“Bagaimanapun, tak mengapalah, saya tak ambil pusing pun,” katanya kepada wartawan portal BH Online.

Beliau membuat kenyataan sebagai menjawab pertanyaan sama ada dirinya mempunyai krisis dengan ibu mentuanya itu.

Ia susulan Rozita yang tidak lagi mengikuti laman sosial Instagramnya, seperti juga Aliff sebelum ini.

Perkara itu bagai menguatkan lagi dakwaan yang mengatakan rumah tangganya sedang berantakan.

Terdahulu, Aliff memuat naik surat tuntutan cerai isterinya di Instagram, meskipun nafi melafazkan cerai terhadapnya.

Difahamkan, kes perbicaraan perceraian mereka bakal didengar selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pasangan itu dikatakan sudah tidak sebumbung sejak beberapa bulan lepas.

Warganet menyedari hubungan dingin itu selepas mereka berhenti mengikuti satu sama lain di Instagram.

Dalam pada itu, Shahida yang juga bekas anggota kumpulan Solehah ini berkata, dia dan anak-anak kini berada dalam keadaan baik di kediaman mereka.

   

Baca: Biodata Usahawan Kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri

Baca: Biodata Datin Shahida, Isteri Datuk Seri Aliff Syukri

    

aliff syukri bercerai 682

Kredit foto: Instagram Datin Shahida

    

“Alhamdulillah, saya dan anak-anak berada dalam keadaan baik. Sihat semuanya.

“Saya hanya keluar rumah apabila kehabisan barang dapur, selebihnya masa saya banyak bersama anak-anak” katanya.

Mengenai dakwaan memfailkan perceraian di mahkamah, Shahida memilih untuk mengunci mulut memandangkan fokusnya kini terarah kepada keselamatan anak-anak.

“Maaf, saya tak dapat komen.

“Bagi saya, ini bukan masa yang sesuai untuk bercakap isu perceraian.

“Sekarang, seluruh dunia sedang berdepan dengan musibah penularan virus COVID-19. Jadi, fokus saya mengenai keselamatan anak-anak,” katanya.

    

Sumber berita: Tak perasan pun suami, ibu mentua 'unfollow' - Shahida

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)