Oleh pada 09 Apr 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Datin Shahida

     

Isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida menjelaskan punca sebenar fizikalnya kelihatan semakin kurus sebagaimana yang didakwa oleh segelintir para peminatnya.

Menurut Shahida, penyusutan berat badannya adalah berikutan puasa yang diamalkannya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

"Saya puasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni," jawabnya ringkas di ruangan komen laman sosial Instagram.

Kenyataan itu dibuat sebagai menjawab pertanyaan seorang pengikut yang berbunyi, "Kenapa Datin makin kurus?"

Dalam posting berkenaan, beliau berkongsi video resipi masakan penkek labu untuk dijamah dua anak kecilnya, Yusof Al Qardawy dan Ameena.

    

Baca: Biodata Usahawan Kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri

Baca: Biodata Datin Shahida, Isteri Datuk Seri Aliff Syukri

     

dato aliff syukri

Kredit foto: Instagram Datin Shahida

    

Dalam pada itu, Shahida menegaskan lagu 'Masihkah Kau Ingat' nyanyian Kopratasa yang dimainkan sebagai muzik latar rakaman video berkenaan tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan mana-mana individu.

"Lagu tak ada kena mengena dengan sesiapa. Ini memang lagu kegemaran saya okey!" ulasnya di kapsyen.

Menjawab dakwaan netizen yang menganggap wajahnya tidak seceria seperti lazimnya, ini jawab Shahida:-

"Saya ceria. Saya puasa jadi nampak letih".

Terdahulu, rumah tangga Aliff dan Shahida dikatakan bergolak selepas masing-masing berhenti mengikuti satu sama lain di Instagram.

Apatah lagi surat tuntutan perceraian dipercayai milik mereka menjadi tular di laman maya.

Difahamkan, pasangan itu sudah tidak sebumbung sejak beberapa bulan lepas.

Tinjauan di video akaun Instagram Aliff mendapati jutawan itu kerap berulang alik ke rumahnya yang terletak di Pavilion Resident Kuala Lumpur.

Hasil perkongsian hidup mereka sehingga kini diserikan dengan kurniaan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem, Yusof Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah.

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)