Oleh pada 02 Apr 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Aliff Syukri

    

Surat tuntutan cerai daripada Datin Seri Nur Shahida yang dikongsi jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri di Instagram mendapat tumpuan ramai.

Status sayu turut ditulisnya, antaranya di satu kiriman Instastory yang memberi petunjuk seolah satu keputusan sudah dicapai berkaitan status rumah tangganya.

"Permohonan diluluskan... cepatlah masa berlalu supaya jangan banyak lagi benda yang buat saya malu," tulis Aliff.

    

Baca: Biodata Usahawan Kosmetik, Aliff Syukri

Baca: Biodata Datin Shahida, Isteri Datuk Aliff Syukri

    

aliff syukri ig

Kredit foto: Instagram Aliff Syukri

     

Dalam pada itu, Aliff dalam sebuah entri sekali lagi buka mulut dengan meluahkan kata-kata semangat agar cabaran yang dilalui tidak melemahkan semangat seseorang meskipun kasih sayang yang diberikan tidak dihargai.

"Kesulitan itu bukan untuk ditangisi tetapi untuk dihadapi dengan kesabaran dan ketenangan kerana cinta itu layak diperjuangkan tetapi tidak akan bererti apa-apa jika ia tidak pernah dihargai," katanya.

    

aliff syukri cerai

Kredit foto: Instagram Aliff Syukri

     

Sementara itu, para pengikutnya menerusi ruangan komen tampil bertanyakan tentang status perkahwinan beliau yang dicanang bergolak.

Tak kurang, ada juga yang meminta agar Aliff menghargai pengorbanan isterinya yang telah bertarung nyawa untuk memberikannya zuriat.

"Buang ego... susah nak cari isteri macam yang Datuk ada sekarang. Lima zuriat dia dah bagi kat Datuk... bertarung nyawa tau kena ingat tu. Di sebalik kejayaan suami tulang belakang dia adalah isteri.

"Baiki diri masing-masing. Dekatkan diri dengan Allah, InsyaAllah ada jalan terbaik. Datuk dan datin telah lalui saat susah senang bersama dulu. Jangan pernah putus asa berdoa, pujuk hati isteri.

"Walau siapa pun pasangan Datuk yang akan datang, tak akan setanding dengan datin... dia adalah wanita yang terbaik untuk anda," ulas beberapa netizen di ruangan komen.

Terdahulu, isu rumah tangga pasangan berkenaan mula dihidu warganet sejak Aliff berhenti mengikuti akaun Instagram Shahida.

Perkahwinan pada tahun 2007 itu sehingga kini dianugerahkan lima orang anak iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat.

    

Sumber berita: Permohonan cerai dah lulus? Netizen minta Aliff Syukri hargai isteri - “Lima zuriat dia dah bagi, bertarung nyawa untuk Datuk!”

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)