Oleh pada 15 Apr 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Rozita Ibrahim & Instagram Datin Shahida

        

Ibu kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim menegaskan hubungannya dengan menantu, Datin Seri Shahida masih lagi berada dalam keadaan baik.

Rozita berkata, dia berasa pelik apabila tindakannya 'unfollow' Instagram Shahida baru-baru ini telah menjadi isu hangat yang diperkatakan ramai.

"Saya bersuara sebab dah tak tahan dan penat. Kalau orang lain unfollow, bercerai tak bercerai bagai, orang tak berminat dan tak ada nak tahu sangat.

"Tapi bab Kri (Aliff Syukri) dengan Ida (Shahida) saya pun dipalit sama. Saya tak bersalah dalam hal ni.

"Tolonglah, kasihanilah, berilah kami aman dan jangan bebankan lagi Ida atau saya untuk masalah peribadi ini. Suka hati saya nak follow atau tak!

"Saya tak follow Ida, kecoh se-Malaya masa PKP, sedap gosip penghilang stres ya. Nak tahu saya gaduh dengan menantu, salahkan menantu.. dia tetap anak menantu sayalah!" katanya.

     

Baca: Biodata Usahawan Kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri

Baca: Biodata Datin Shahida, Isteri Datuk Seri Aliff Syukri

     

dato aliff syukri 160

Kredit foto: Instagram Rozita Ibrahim

    

Rozita membuat kenyataan menerusi kiriman terbaharu laman sosial Instagramnya yang dikongsi beberapa jam lalu.

Dalam pada itu, usahawan wanita ini menambah, tindakannya berhenti mengikuti akaun media sosial Shahida tidak membayangkan sama sekali status hubungan mereka.

"Saya tak pernah burukkan Ida dan tak campur dunia luar. Ingat, dia tetap menantu saya hingga akhir hayat saya dan ibu pada cucu saya.

"Saya tak follow tak maksud saya gaduh.. saya penat dihakimi oleh netizen.

"Berhentilah.. dia sangat baik dengan saya, sampai sekarang" katanya.

Sementara itu, Rozita memberitahu pendiriannya yang enggan masuk campur dalam sebarang urusan peribadi membabitkan anak-anaknya.

"Tak payahlah tanya saya follow ke, unfollow ke.. saya malas dan tak nak tengok semua anak saya di media sosial, semak otak je!

"Jangan soal saya benda-benda tak cerdik dan tak menguntungkan dan tak perlu sibuk fasal mereka untuk minta saya ulas!" cetusnya.

Terdahulu, nama Rozita dikaitkan dengan pergolakan rumah tangga Aliff dan Shahida apabila ada yang mendakwa kononnya dia telah memberi petunjuk tentang punca kehancuran perkahwinan pasangan itu.

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)