Oleh pada 26 Sep 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Datin Shahida

Selepas menerima hentaman teruk susulan lagu kontroversi 'Bobo Dimana', kini jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri hadir dengan single baharu berkonsepkan kerohanian.

Ia merupakan kolaborasi antaranya bersama isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dalam lagu yang mendapat sentuhan komposer islamik terkemuka, Hafiz Hamidun.

Aliff dalam satu kenyataan di laman sosial Instagram berkata, beliau mengharapkan sokongan daripada peminat agar eksperimennya membawakan lagu berbentuk dakwah dapat diterima baik.

"Doakan yang baik-baik. Komposer dan guru vokal rakaman lagu ini adalah Hafiz Hamidun. Harap berikan sokongan, bukannya mengecam. Saya telah berusaha membawakan lagu ini dengan sebaik mungkin," tulisnya.

Terdahulu, Aliff dikecam kerana video muzik lagu Bobo Dimana yang dinyanyikannya bersama penyanyi dangdut Indonesia, Lucinta Luna dan usahawan Nur Sajat Kamaruzzaman dikatakan mengandungi unsur lucah serta tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.

Khas buat anda, berikut kami kongsikan lirik lagu Agama Kedamaian, lagu nasyid nyanyian pasangan suami isteri ini yang baharu sahaja dilancarkan di laman Youtube sebentar tadi.

lirik lagu agama kedamaian datuk seri aliff syukri datin seri nur shahida 2

Kredit foto: Instagram Datin Shahida

Lirik

Kalla hadzil ard mataqfii masahah

Lau na'isibila samahah

Wanta'ayasna bihab

Lau tadiqil ardi naskan kalla kolb

                   

Kalla hadzil ard mataqfii masahah

Lau na'isibila samahah

Wanta'ayasna bihab

Lau tadiqil ardi naskan kalla kolb

               

Abtahiyyat wabsalam

Ansyuru ahlal kalam jainuddin yahtirom

Abmahabbat wabtisam

Ansyuru bainil anam hadahu din assalam

                 

Hadirlah kedamaian

Sebarkanlah ucapan

Yang penuh kemanisan

           

Kasih sayang

Dan senyuman

Sebarkan seluruh alam

Agama kedamaian




Hakcipta iluminasi.com (2017)