Oleh pada 25 Jul 2017 kategori

perempuan bertudung labuhtunjuk penumbuk ajak uqasha senrose bergaduh 1

Kredit foto: malaysianaccess.com

Baru-baru ini, aktres Uqasha Senrose telah berkongsi kisahnya yang menerima ancaman daripada seorang wanita bertudung labuh. Pendedahan tersebut dibuat dalam sebuah video pendek.

Menurut Uqasha, kisah bermula apabila dia singgah ke sebuah stesen minyak dalam perjalanannya pulang ke kampung di Kelantan. 

perempuan bertudung labuhtunjuk penumbuk ajak uqasha senrose bergaduh 2

Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose

Dah habis Sha isi minyak, Sha perlahan-lahan nak keluar dan tiba-tiba ada satu kereta pancung depan Sha mengejut dan Sha brek mengejut. Bila kita brek mengejut, kita tengoklah kereta di depan tu. Perempuan tu pakai tudung labuh, tunjuk penumbuk nak ajak gaduh. Jadi Scha ni dengan niat yang baik turun kereta nak minta maaf. Bila kita nak minta maaf tu, dia ingat kita nak serang dia. Jadi dia cepat-cepat keluar telefon bimbit, kononnya nak tularkanlah, kononnya kita nak serang dia.

Uqasha berharap agar kaum wanita di luar sana menanamkan sifat hormat-menghormati dan tidak menjadi pembuli di atas jalan raya.  

Difahamkan, video tersebut sudahpun dipadam oleh Uqasha, namun tidak diketahui puncanya.

Sehingga kini juga tiada sebarang respon dibuat daripada sebelah pihak perempuan tersebut. Apapun semoga peristiwa ini menjadi iktibar buat pemandu wanita yang lain. 

Sumber: Rotikaya 


tags : , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)