Oleh pada 25 Apr 2017 kategori

uqasha senrose nafi pengaruhi fathia latiff 1

Kredit foto: Instagram Uqasha Senrose

Umum mengetahui persahabatan baik yang terjalin antara dua pelakon sensasi, Uqasha Senrose dan Fathia Latiff. Bagaimanapun tidak semua menyenangi hubungan tersebut kerana kononnya peminat bimbang tindakan Uqasha yang sebelum ini membuka hijab bakal mempengaruhi Fathia. 

Uqasha menerusi satu wawancara terbaru menafikan dakwaan yang tersebar. Baginya, perhubungan persahatan tidak akan mempengaruhi tindak-tanduk seseorang kerana setiap manusia dikurniakan akal untuk membuat penilaian sendiri.

uqasha senrose nafi pengaruhi fathia latiff 2

Kredit foto: engkumuzahadin.blogspot.com

Saya bukan saja boleh bersahabat baik dengan Fathia tetapi sesiapa saja yang mahu berkawan dengan saya. Takkan nak berkawan pun tak boleh? Pada saya, hubungan persahabatan kami memang ikhlas. Apatah lagi, saya tidak pernah mengajak atau mengajar dia (Fathia) melakukan perkara tidak baik. Salahkah kami bersahabat. Bukankah dalam hal seperti ini ia bergantung individu itu untuk menilai atau melakukan perkara baik atau buruk. Tepuk dada tanya selera.

Sumber: Harian Metro 

Menurut Uqasha lagi, hubungannya bersama pelakon jelita itu sebenarnya lebih bermakna daripada apa yang disangkakan ramai. 

uqasha senrose nafi pengaruhi fathia latiff 3

Kredit foto: Beautifulnara

Fathia sudah saya anggap bukan saja sahabat, malah kakak dan ahli keluarga. Fathia banyak memberi tunjuk ajar pada saya untuk memperbaiki mutu lakonan, selain memberikan kata-kata nasihat untuk saya memperbaiki diri. Terpulanglah nak cakap apa pun saya tak kisah. Lagipun, saya tidak pernah mengganggu hidup orang lain.Saya senang berkawan dengan mereka yang mahu berkawan dengan saya. Bagi saya, apabila ramai orang suka dan nak kawan dengan kita, ia membawa aura positif untuk diri kita sendiri. 

Sumber: Harian Metro

Benar apa yang dikatakan Uqasha, jika sesuatu perhubungan itu membawa manfaat mengapa harus dihentikan. Malah selagi tidak membawa masalah kepada mana-mana pihak, menjadi hak Uqasha untuk bersahabat dengan sesiapapun yang dia mahu. Takkanlah perkara inipun nak dijadikan isu? 


tags : , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)